Monday, 16 July 2012

TKM1 Mansor Othman hanya pandai tabur janji... - R.Chandran

BUKIT MERTAJAM - Lebih 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Taman Sejahtera di sini mahu Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman meletak jawatan kerana gagal menunaikan janji yang dibuat parti itu semasa pilihan raya umum lepas. Wakil kumpulan berkenaan R.Chandran berkata penduduk di kawasan berkenaan juga kesal dengan pemimpin pembangkang kerana hanya pandai berjanji untuk meraih undi. "Kami kecewa dan rasa seperti ditipu kerana pelbagai masalah yang dihadapi penduduk seperti limpahan air dari loji najis ketika hujan lebat belum dapat diatasi malah lebih teruk sekarang ini. "Datuk Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR negeri juga pernah berjanji untuk membina sebuah dewan serbaguna yang dilengkapi gelanggang sukan, namun sehingga sekarang beliau masih membisu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak Mansor meletak jawatan. Berita selanjutnya... Jarumemas: "Tanam tebu di tepi bibir".

No comments:

Post a Comment