Monday, 16 July 2012

Latheefa Koya letak jawatan ahli majlis MBPJ akibat perselisihan dengan MB

PETALING JAYA, 16 Julai — Peguam lantang PKR, Latheefa Koya meletak jawatan sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini. Perletakan jawatan ini dipercayai akibat daripada arahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta Latheefa agar menghantar surat tunjuk sebab menjelaskan mengapa beliau mengkritik pentadbiran ADUN Ijok. "Mengikut apa yang saya dengar, sah Latheefa sudah meletakkan jawatan. "Dipercayai kerana arahan MB agar Latheefa menghantar surat tunjuk sebab tentang tindakannya mengkritik Tan Sri," kata Azman Yusof yang juga ahli majlis MBPJ mewakili PKR. Latheefa Koya juga merupakan 'ketua whip' bagi Ahli Majlis PKR di MBPJ. Selain itu, beliau juga merupakan ahli "One Stop Center" (OSC) yang meluluskan sebarang projek di MBPJ. Sehingga kini, The Malaysian Insider masih belum dapat menghubungi Latheefa Koya. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Gimik atau betul benar?

No comments:

Post a Comment