Friday, 22 June 2012
Tarikh pilihanraya: Bila Mahfuz Omar berlagak macam bos...
Hal seperti ini tidak berbangkit semasa pilihanraya umum yang lampau. Pembangkang kali ini nampak desperado sangat.Hak ekslusif bila hendak membubarkan parlimen adalah ditangan Perdana Menteri.
PAS tahu,PKR tahu dan DAP tahu hakikat ini. Siapa saja jadi Perdana Menteri itulah kuasa yang termaktub dan ia tidak boleh dipersoalkan.
Sebelum ini PAS main isu mahu jaminan dari Perdana Menteri pilihanraya umum tidak diadakan musim Haji.
Timbalan Presidennya Mat Sabu dengan senang hati cop Datuk Seri Najib Tun Razak berdosa jika tidak bagi jaminan itu.
Khamis semasa perbahasan di Dewan Rakyat Ahli Parlimen Pokok Sena,Kedah,Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS melangkah setapak lagi.
Beliau mendesak kerajaan supaya umum lebih awal bila pilihanraya umum hendak diadakan.
Alasannya ia akan memudahkan rakyat merancang hidup mereka dan tidak terganggu kerana tidak tahu bila pilihanraya hendak diadakan.
Beliau membuat desakan itu semasa Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sedang menjawab isu-isu berbangkit mengenai Suruhanjaya Pilihanraya mengulung perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 di peringkat jawatankuasa.
Kenyataan itu ibarat satu lawak jenaka kalau dilihat dalam kontek politik dan kuasa Perdana Menteri. Sebab itu kelihatan Nazri senyum sahaja mendengarnya.
Baca seterusnya....
Jarumemas: Terdesak sangat ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment