Friday, 22 June 2012
Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan
Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan.
"Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas.
"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.
"Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada Malaysiakini.
Menurutnya lagi, perkara itu sebenarnya pernah diulas ramai ulama, termasuk Ibn Hajar dalam bukunya berjudul Fathul Bari yang mengulas hadis-hadis sahih Bukhari.
Asri juga menggesa agar ulama yang mengkaji perkara itu agar "memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas".
Polemik pilihan raya umum sewaktu musim haji mula timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru anggota parti itu yang terlibat langsung menangguhkan ibadah tersebut jika pilihan raya berlangsung pada tempoh masa sama.
Mufti Perlis sependapat, S'gor sedikit berbeza Seruan itu dibuatnya kerana PAS memerlukan ahli-ahlinya untuk menggerakkan jentera kempen sewaktu pilihan raya.
Baca seterusnya....
Jarumemas: PM tak kata pun akan adakan PRU musim haji tahun ini, isu ini dispekulasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Janganlah cepat melatah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment