Friday, 22 June 2012

Sindrom penafian budaya politik pembangkang — Aziz Jamaludin Mhd Tahir

22 JUN — Akhir-akhir ini begitu banyak penafian dilakukan apabila pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang didedahkan dengan pelbagai isu peribadi yang boleh menggoncangkan kedudukan sebagai orang penting dalam parti. Terbaru, skandal dinar emas yang melibatkan kerugian berjuta ringgit tetapi dalam masa sama menjelaskan “tidak kenal orang yang disyaki terbabit”. Sindrom penafian bukanlah satu perkara baru. Ia sudah berakar umbi sejak lama apabila ada pemimpin sanggup mencipta pelbagai teori songsang demi mendapat kuasa walaupun pada hakikatnya “untung seguni” dalam jangka pendek tetapi “rugi sekampung” dalam jangka panjang. Sewaktu pembangkang memerintah Terengganu dahulu dengan angkuhnya menolak pembesaran lapangan terbang yang diusahakan oleh kerajaan terdahulu kerana tidak mahu melihat negeri itu menjadi hab penerbangan utama di Pantai Timur. Bagaimanapun setelah Barisan Nasional (BN) kembali memerintah pada 2004, projek itu dilakukan sehingga Terengganu menjadi hab penerbangan jemaah haji bagi Pantai Timur dan mampu menampung keperluan pendaratan bagi pesawat sebesar Airbus. Ketika Jambatan Pulau Pinang dalam peringkat kelulusan pembinaannya pada awal tahun 1980-an, pembangkang dengan lantangnya mengkritik projek itu membazir dan tidak perlu kerana lebih ramai rakyat memerlukan pelbagai kemudahan. Tetapi apabila mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, mereka terus menggesa agar Kerajaan Pusat tidak memberhentikan cadangan untuk membina Jambatan Pulau Pinang kedua yang menghubungkan Batu Kawan di bahagian tanah besar dengan Batu Maung di pulau. Apabila meneliti cerita yang lebih lama kita juga akan menemui bagaimana golongan ini pernah berjanji akan melelong Putrajaya jika mereka menang dalam pilihan raya, tetapi kini mereka begitu yakin akan menang dan merampas Putrajaya. Baca seterusnya.... Jarumemas: Bila didedahkan akan muncul saman...dah sinonim.

No comments:

Post a Comment