Wednesday, 13 June 2012
Siapa sebenarnya ‘gatal mulut’?
Sepanjang bulan lalu dan bulan ini, terdapat tiga isu yang mengaitkan Pas dengan tanah suci Mekah. Isu pertama melibatkan tindakan tidak matang beberapa pemimpin dan penyokong parti itu mengadakan demonstrasi menyokog Bersih di Mekah dan Madinah.
Isu kedua pula melibatkan Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Dr.Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Terbaru, Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadat haji mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dalam isu mengadakan perhimpunan Bersih di Mekah dan Madinah, kepimpinan Pas langsung tidak menegur perbuatan melampau ahli-ahlinya yang berbuat demikian, sebaliknya mereka berbangga kerana semangat menyokong Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga begitu mendalam sehingga dibawa ke tanah suci biar pun sepatutnya tumpuan diberikan sepenuhnya beribadat kepada Allah SWT.
Selain itu, akibat politik tidak bertempat itu, Malaysia menerima tempiasnya apabila kerajaan Arab Saudi telah menghantar nota diplomatik membantah perbuatan berkenaan serta mengingatkan kerajaan Malaysia supaya memastikan peristiwa itu tidak berulang.
Baca terus....
Jarumemas: betul ke PRU musim haji? Itu hak PM nak isytihar bila atas kuasa Allah jua!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment