Wednesday, 13 June 2012

P'raya tempatan P Pinang 'terbatal secara automatik'

Enakmen yang diluluskan di Pulau Pinang baru-baru ini untuk memulihkan pilihan raya majlis tempatan "terbatal secara automatik" kerana ia bertentangan dengan undang-undang persekutuan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung. NONEChor memberitahu Dewan Rakyat semasa sesi soal-jawab hari ini bahawa enakmen di Pulau Pinang itu bercanggah dengan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Menurut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan undang-undang persekutuan, secara automatik terbatal, katanya. Beliau menjawab soalan Loh Gwo-Burne (PKR-Kelana Jaya) yang bertanya mengenai kemungkinan memulihkan undi ketiga, untuk membolehkan rakyat memilih wakil mereka dalam pihak berkuasa tempatan. Baca berita penuh Malaysiakini.com Jarumemas: Tunggu apa komen LGE

No comments:

Post a Comment