Wednesday, 13 June 2012

Fatwa haramkan BERSIH 3.0 tak pernah dikeluarkan

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas sepertimana yang didakwa parti pembangkang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim. Katanya, jawatankuasa itu sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas. "Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media," katanya. Mashitah berkata demikian ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mengenai fatwa pengharaman perhimpunan jalanan yang didakwa dikeluarkan oleh jawatankuasa berkenaan. Baca terus.... Jarumemas: Soalnya, kita dah lama hidup aman dan damai mengapa mesti dicemarkan dgn huru hara? Bukankah Parlimen tempat YB-YB bermuzakarah, berbincang, kutuk mengutuk atau apa saja demi keamanan negara, tak perlu dibawa ke jalanan!!!

No comments:

Post a Comment