Tuesday, 19 June 2012

Rayuan Punca Masalah Pindah Guru

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengaku Kementerian Pelajaran menghadapi masalah untuk memindahkan guru berikutan timbul isu kemanusiaan dan rayuan yang perlu diambil kira. Timbalan Perdana Menteri berkata, kekangan penempatan semula menjadi punca utama kementerian tidak dapat memenuhi tuntutan keperluan sebenar, menyebabkan isu kekurangan guru berlarutan.Beliau kena akui dalam Parlimen, menghadapi masalah apabila mengeluarkan arahan perpindahan, ada rayuan, kadang-kadang orang politik memberi surat sokongan (supaya) janganlah pindahkan mereka (guru) kerana diperlukan. Jikamereka hendak memindahkan si isteri, perlu ambil kira faktor sosial dan keluarga soal ini timbul mengakibatkanmereka tidak dapat memenuhi tuntutan sebenar. Jadi isu kemanusiaan berbangkit menyebabkan ada masalah melaksanakannya secara lebih cekap. - Tan Sri Muhyiddin Yassin Jikabeliau hendak memindahkan si isteri, perlu ambil kira faktor sosial dan keluarga soal ini timbul mengakibatkan kita tidak dapat memenuhi tuntutan sebenar. Jadi isu kemanusiaan berbangkit menyebabkan ada masalah melaksanakannya secara lebih cekap. Dalam konteks ini, Muhyiddin berkata, agensi dan jabatan lain turut menghadapi masalah sama dari segi penempatan semula kakitangan mereka, namun berikutan saiz kementerian besar meliputi satu pertiga daripada penjawat awam dengan membabitkan 500,000 guru, isu berkenaan perlu diuruskan secara teliti untuk penyelesaian jangka panjang. Ini meliputi aspek pengurusan dan pentadbiran mengenai pengambilan dan penempatan guru, terutama menerusi kajian semula sistem pendidikan negara yang sedang dijalankan, walaupun masalah kekurangan yang berlaku atas faktor seperti persaraan, sakit dan cuti bersalin tidak mungkin dapat diatasi 100 peratus. Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian Jarumemas: Tidak setuju cuti bersalin sampai 90 hari.

No comments:

Post a Comment