Tuesday, 19 June 2012
Parti juara mempolitikkan agama — Nizam Yatim
19 JUN — Baru-baru ini, tokoh-tokoh agama luar negara yang menghadiri Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Kuala Lumpur menegur pemimpin sebuah parti kerana sering mempolitikkan isu agama.
Teguran itu memang kena pada masanya kerana jika diimbau sejarah, para pemimpin parti yang ditubuhkan pada 1951 memang paling hebat mempolitikkan isu agama sekali gus meletakkan Malaysia sebagai “juara” dalam soal itu.
Kita juga masih ingat, seorang pemimpin PAS ketika berceramah di Kampung Banggul Peradung, Terengganu pada 1982 telah mengeluarkan amanat mengkafirkan orang Umno semata-mata kerana didakwa bekerjasama dengan bukan Islam dan disebabkan tidak melaksanakan hukum hudud.
Akibat amanat itu, maka timbulnya perpecahan di kalangan umat Islam seperti sembahyang dua imam, enggan bersembahyang di masjid Umno dan menghukumkan haram makan sembelihan ahli parti itu.
Nikah yang dilakukan oleh jurunikah Umno juga dianggap tidak sah, ibu bapa mengkafirkan anak serta berlaku perceraian antara suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih yang benar-benar terjadi.
Walaupun berkemampuan melaksanakan hukum hudud setelah memerintah Kelantan dua dekad, PAS tetap tidak mahu melaksanakannya kerana berpendapat ia boleh dijadikan isu kitar semula yang “amat berbisa” bagi meraih undi setiap kali pilihan raya.
Isu hudud yang dimainkan PAS ketika berkempen boleh membuatkan seorang Melayu Islam menjadi serba salah untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ini berikutan parti itu akan menggambarkan BN bersikap anti-Islam dan telah mengambil pelbagai langkah menyekat hukum itu daripada dilaksanakan.
Mengulas isu itu, ahli akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani yang menjawab soalan pada sesi soal jawab seminar berkenaan berkata, mana-mana pihak yang menggunakan isu pelaksanaan hukum hudud sebagai modal politik untuk menang dalam pilihan raya sebenar bertujuan mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah.
Baca terus....
Jarumemas: Parti PAS adalah juaranya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment