Thursday, 7 June 2012
KDN tangguh siar rakaman Bersih 3.0 kepada orang ramai
Pihak-pihak yang teringin hendak tengok rakaman perhimpunan Bersih 3.0 versi polis nampaknya kena bersabar sikit lagi.
Ini kerana Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu memaklumkan bahawa rakaman visual perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu akan disiarkan kepada umum selepas Panel Penasihat Bebas selesai meneliti terlebih dahulu keseluruhan rakaman yang diserahkan kepada mereka sebelum ini.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, dalam satu kenyataan, berkata Panel Penasihat Bebas wajar diberikan ruang dan masa secukupnya bagi membuat penilaian ke atas setiap rakaman tersebut.
Justeru, katanya, KDN akan mengambil maklum setiap pandangan dan nasihat daripada panel itu yang akan mengadakan mesyuarat Isnin ini.
Baca seterusnya....
Jarumemas: Entah apa lagi tohmahan PR nanti..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment