Thursday, 7 June 2012

Bekas setiausaha sulit minta Anwar jelas pendedahan akuan berkanun

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari hari ini meminta Ketua Pembangkang itu memberi penjelasan terhadap akuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun induknya. Sekiranya dakwaan yang terdapat dalam akuan berkanun bekas penolong gabenor Bank Negara itu tidak benar, Anuar mempersoalkan mengapa Anwar sehingga kini belum memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Murad. Beliau berkata, Abdul Murad mengedarkan akuan berkanun itu pada Oktober 1999, yang antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk Anwar bernilai lebih RM3 bilion. "Kita minta Anwar jelaskan adakah semua akaun induk tersebut membabitkan pemilikan aset, saham serta wang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang nilainya begitu lumayan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Laporan media semalam menyatakan Anwar mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. Media juga melaporkan adik Azmin, Ummi Hafilda pada Sabtu lepas mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset Azmin dan Shamsidar bernilai lebih RM30 juta. - BERNAMA Sumber: Berita Harian Online Jarumemas: "Terang lagi bersuluh".

No comments:

Post a Comment