Thursday, 7 June 2012

Azmin: ‘Kenapa sekarang baru nak siasat?’

PETALING JAYA, 6 Jun — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan pertuduhan rasuah terhadapnya dan turut mempersoalkan badan pencegahan rasuah itu kerana baru sekarang menyiasat semula kes tersebut. Malah, ahli Parlimen Gombak itu juga menegaskan, tindakan itu dilihat hanyalah sebagai “pertuduhan politik” terhadapnya memandangkan pilihan raya umum bakal dijalankan tidak lama lagi. “Kenapa sekarang baru nak siasat, sudah 17 tahun, kenapa tidak dari dulu?” katanya. “Pilihan raya dah dekat. Mungkin bulan hadapan. Ini adalah ‘pertuduhan politik’ terhadap saya,” tambahnya. Malah, Azmin turut menyifatkan SPRM sebagai “super efisyen” kerana kebanyakan kes seperti kes yang melibatkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ia diselesaikan dalam tempoh masa singkat, walaupun individu yang sepatutnya memberikan keterangan tidak dipanggil. Baca seterusnya.... Jarumemas: Pepatah ada menyebut, 'Berani kerana benar, takut kerana salah'.

No comments:

Post a Comment