Felo Kanan UKM, Rejal Arbee menyambung pandangan beliau sebelum ini di mana pihak Imigresen terpaksa mengabaikan pemeriksaan ke atas semua orang asing yang mahu masuk ke negara ini. Penulis menerima banyak e-mel menguatkan lagi bukti mengenai perkara yang ditimbulkan.
Siapa yang lebih merasai perit akibat arahan tidak boleh dipertahankan itu jika bukan pegawai bawahan berada di barisan hadapan yang terpaksa melayan pelbagai kerenah orang asing yang mahu masuk negara ini, bukan kerana mahu melancong.
Apakah semua perlakuan ini tidak diambil kisah oleh Kementerian Pelancongan, asalkan jumlah warga asing yang masuk ke negara ini amat dibanggakan. Menterinya pula sering mendabik dada bahawa jumlah 'pelancong' yang masuk meningkat tahun demi tahun. Tetapi, adakah meneteri itu kisah atau ambil tahu berapa ramai antara mereka itu yang masuk sebagai pelancong.
Persoalan penulis, apakah pimpinan Jabatan Imigresen dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tidak sedar apa yang dihadapi oleh pegawai mereka di pintu masuk negara? Adakah Kementerian Pelancongan begitu 'berkuasa' sekali mengatasi kuasa KDN?
Perkara mahu menggunakan sistem biometrik sudah berkali-kali dinayatakan. Jangan cakap saja, buatlah, kata penulis.
Sumber: Berita Harian
Bukan Jarumemas saja yang jelak dan muak dengan kerenah pelancong asing di negara ini, malah orang ramai pun sama. Yang jadi betina sundal jangan cakaplah, bersepah dan melata di bandar-bandar utama Malaysia ini. Kumpulan gagak hitam juga menyusah dan lebih menakutkan rakyat tempatan. Belum lagi kumpulan PATI dari serata pelusuk dunia yang menyelinap masuk, membuat onar - membunuh,merompak, mencuri, menculik dan membawa lari anak dara orang ke kampung mereka dan dikahwini. Jarumemas naik takut nak melepaskan anak-anak ke sekolah, bersiar-siar di taman atau untuk ke kedai. Sekelip mata boleh hilang bila kita berpaling seketika. Jadi, pihak berkenaan janganlah kira nak untung sahaja, keselamatan warga negara perlu diutamakan.
No comments:
Post a Comment