DALLAS: Enam hingga 13 puting beliung melanda kawasan padat penduduk di Dallas-Fort Worth, Texas, kelmarin meranapkan beratus-ratus kediaman, menyebabkan treler serta trak melayang ke udara, tetapi tiada yang dilaporkan maut atau cedera parah setakat ini. Juru kaji cuaca Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Jesse Moore, berkata lebih sedozen puting beliung menyebabkan keadaan kelam kabut berpunca daripada angin kencang, hujan dan hujan batu ‘menyerang’ kawasan keempat paling padat di negara itu.
Kebanyakan 6.3 juta penduduk terpaksa berebut mencari tempat berlindung yang selamat berikutan ribut masih berlaku sehingga petang, ketika sekolah dan pejabat masih dibuka.
“Kami lihat bumbung tercabut melayang ke udara, rumah hancur, treler dan traktor terbalik. Ia adalah hari teruk akibat cuaca buruk di utara Texas,” kata Moore.
Puting beliung juga menyebabkan trak melambung seperti alat permainan di Plaza Flying J Truck di Dallas, kata pemandu trak Michael Glennon, yang merakam kemusnahan itu menerusi video kameranya.
“Treler kedua hancur selepas diterbangkan sehingga 15 hingga 30 meter ke udara,” katanya. Rakaman video di tempat letak kereta trak menunjukkan barisan treler bertindih dan hancur. Ribut kencang yang masuk ke Oklahoma, Arkansas dan Louisiana berpotensi membawa lebih banyak puting beliung pada malam Selasa (semalam), kata Moore.
Murid gred enam, Hailey Pellerin berkata, beliau dan rakannya baru mula makan tengah hari apabila guru mengarahkan pelajar kembali ke kelas sekolah rendah di barat daya Arlington.
“Kami berlindung selama dua jam,” katanya. Pelajar diarah duduk, berbaris di tepi dinding di kelas masing-masing dan melindungi kepala mereka. Bekalan elektrik terputus, keadaan jadi terlalu gelap dan panas,” katanya.
Puting beliung menghampiri kira-kira 182 meter dari sekolah, kata bapa murid itu, David Pellerin. “Kami bernasib baik kerana ia terlalu hampir tetapi tidak melanda dua sekolah tempat anak saya belajar,” kata bapa tiga anak itu.
Di satu kawasan paling teruk dilanda bencana itu, Lancaster, pihak perbandaran berkata puting beliung memusnahkan 300 binaan dan separuhnya musnah teruk.
Kira-kira 110 pesawat rosak akibat hujan batu dan 400 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth, lapangan terbang kelapan paling sibuk di dunia mengakibatkan ribuan penumpang terperangkap. Kira-kira 40 lagi penerbangan terpaksa beralih lokasi pendaratan. – Reuters

Sumber: Berita Harian
Jarumemas: Sejak kebelakangan ini Amerika Syarikat sering dilanda malapetaka. Orang Islam wajar melihat apa yang berlaku pada AS ini adalah bala yang diturunkan oleh Allah. Ia juga adalah peringatan Allah kepada kita supaya menjadikannya sebagai iktibar, jangan menyekutukan Allah, jangan ingkar perintahnya, jangan kufur dan fasik. Kita lihat sajalah apa yang pemimpin dan rakyat AS telah lakukan. Mereka menghalalkan kehidupan LGBT, maksiat berleluasa, fasik, tamak haloba, menindas yang lemah, menghalalkan perkara-perkara mungkar, menyokong tindakan Israel menindas umat Islam di Palestin, di Iran, Iraq. Persoalannya, bolehkah musibah ini Allah turunkan kepada Malaysia? Segala kefasikan dan kemungkaran yang berlaku di AS, ada berlaku di Malaysia.
No comments:
Post a Comment