Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, bahawa beliau terlibat dalam 'pasukan petugas' yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.
Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, Wan Ahmad berkata Mahfuz, yang menamakan beliau dalam satu sidang akhbar semalam, telah sengaja mengheretnya ke dalam "cerita karut" rekaannya yang bertujuan untuk "merosakkan integriti SPR".
Wan Ahmad menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz.
Sebaliknya, kata Wan Ahmad, beliau tidak tahu tentang tuduhan terhadapnya itu.

"Dia sengaja mengaitkan nama saya ,timbalan pengerusi SPR, dalam cerita rekaannya itu untuk modal politik bertujuan untuk mengaitkan SPR dalam aktiviti sedemikian.
Jarumemas: Nampaknya apa saja SPR buat semuanya serba tak kena di mata pembangkang. Tak taulah apa lagi yang mereka hendak.
No comments:
Post a Comment