Wednesday, 18 April 2012

SENANGNYA HIDUP…ANWAR CUBA 'LEPAS DIRI' DARI KEPUTUSAN LULUS PTPTN…

Kalau tidak tahu sangat jalan ceritanya…dengar komentar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai wawasan pembangkang tentang PTPTN semasa sidang akhbar di lobi parlimen Isnin memamg boleh ‘cair habis’
Sebab itu tidak hairanlah bagaimana segelintir mahasiswa sanggup berpanas berkhemah di Dataran Merdeka.

Soalnya siapa yang tidak mahu hidup free tidak payah bayar apa.Janji ini adalah gula-gula paling menawan hati. Line membelasah kerajaan kerana didakwa kedekut sangat nak bagi pendidikan percuma ini terus dibawa Anwar semasa dminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Ahad bahawa PTPTN diluluskan semasa beliau Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Anwar mengaku benar apa dikatakan oleh Dr Mahathir.

Namun dicelah itu beliau cuba ‘lepas diri’ dari dikaitkan dengan PTPTN. Faham-faham sajalah…pembangkang sekarang tentang jadi juara nak mansuh PTPTN untuk pancing undi menjelang PRU13.
Jadi Ketua Pembangkang itu cepat-cepat terus tolak bola itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya Najib yang waktu itu (1997 Menteri Pendidikan) yang bentangkan PTPTN. Yang tidak tahu apa-apa macam mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka itu pasti kata betulah ia buah tangan Najib bukan Anwar.

Namun mereka yang faham mengenai sistem berkerajaan tahu bahawa sesuatu keputusan kabinet dalam meluluskan sebarang kertas cadangan adalah collective decision. Apa lagi ketika itu beliau bukan menteri biasa tetapi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Jadi suaranya tentu besar jika tidak setuju dan bantah PTPTN. Jadi kenapa tidak? Jangan lupa Anwar juga pernah jadi Menteri Pendidikan. Cuba tanya apa yang beliau ada buat tentang ‘ kebebasan bersuara’ pelajar yang sekarang sibuk sangat nak AUKU dimansuh terus.

Sumber: Agendadaily

Jarumemas: Bukan isu ini sahaja yang Anwar cuba lepaskan tengkuk. Dulu semasa negara mengalami kemelesetan ekonomi pun dia kata Tun Mahathir yang silap. Malah, dituduh meliwat pun dia boleh kata macam-macam nak lepaskan diri. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui segala-galanya ya Anwar. Atas dunia, bolehlah mengelak, di akhirat nanti takut muflis!!!.....

No comments:

Post a Comment