Wednesday, 18 April 2012

HADI DAKWA UMNO GUNA TAKTIK PRU 2004 UNTUK TAWAN KEMBALI SELANGOR

KUALA LUMPUR, 17 April — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno akan menggunakan taktik merampas Terengganu pada Pilihan Raya Umum 2004 untuk menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menurut Ahli Parlimen Marang ini dipetik Harakah Online, ketika PRU 2004, Terengganu tewas bukan atas faktor rakyat, sebaliknya Umno mengangkut masuk pengundi luar untuk mengundi di Terengganu.

“Di Terengganu, kita kalah dalam pilihan raya 2004 bukan kerana penolakan rakyat tetapi melalui pengundi yang diangkut masuk.

“Mereka akan ulang cara ini di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini,” kata anggota Parlimen Marang itu memberikan amaran kepada petugas Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.


Jarumemas: Pas dan pakatan pembangkang pakai taktik pilihan raya tahun bila pula? 'Work smart not work hard' bak kata anak-anak Jarumemas dalam belajar.

No comments:

Post a Comment