Wednesday, 18 April 2012

KAMALANATHAN PERTAHAN DAKWAAN DR RAHMAN, SEDIA JADI SAKSI

Cerita beberapa ahli parlimen pembangkang didakwa biadap ketika majlis Pertabalan Yang Di Pertuan Agong, di Istana Negara, Rabu lalu masuk episod baru. Jika semalam Timbalan dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali serta Tian Chua dan ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bercerita seolah-olah mereka tidak buat salah seperti didakwa Dr Rahman Kadir. Selain mempertikai kewujudan doktor itu di balairong seri, mereka bertiga juga sepakat tuduh semua itu agenda UMNO dan Barisan Nasional. Namun, skrip mereka berbeza dengan apa didedahkan ahli parlimen BN Hulu Selangor, P.Kamalanathan yang turut hadir di majlis tersebut.

Bercakap kepada Agendadaily Selasa ekoran dari usaha Ahli Parlimen pembangkang nak melepas diri dari dakwaan itu, beliau tetap pertahan ada unsur-unsur kebenaran apa didedahkan Dr Rahman dalam blognya yang kemudian dilaporkan akhbar.

Menurut Kamalanathan, beliau duduk di barisan belakang ahli parlimen Gombak (Azmin)  dan Shah Alam (Khalid)  di Balai Rong Seri Istana Negara semasa majlis pertabalan itu. Katanya waktu insiden itu beliau mendengar ada perbualan dengan unsur perli dan ejekan terhadap Perdana Menteri dan timbalannya, TYT Melaka, Sultan Pahang, Sultan Selangor dan Sultan Perak.

Sumber: Agendadaily.com

Jarumemas: Orang Melayu sekarang semakin kurang ajar. Maam mana anak-anak sekarang tak kurang ajar kerana  orang tua masing-masing sudah hilang rasa hormatnya kepada orang yang lebih tua dan orang-orang besar.

No comments:

Post a Comment