Monday, 9 April 2012

PAS BERGERAK BAGI MEMASTIKAN JAMINAN HUBUNGAN CINA DAN MELAYU

SHAH ALAM, 8 April — Pemimpin PAS pula memperkukuhkan usaha mereka malam tadi untuk mendekati komuniti Melayu di Selangor dengan cuba meyakinkan pengundi bahawa mereka tidak mengkhianati golongan tersebut untuk komuniti Cina. 

Pemimpin mereka menolak dakyah, tuduhan dengan membuktikan parti Islam itu tidak tunduk kepada parti majoriti Cina-DAP, yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR). 

Kebanyakan pemimpin Umno dan akhbar mereka Utusan Malaysia menuduh PAS tunduk terhadap DAP. 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu berkata ketika perhimpunan malam tadi Umno cuba menakutkan komuniti Melayu, walaupun “propaganda” mereka itu tidak lagi efektif. 
Beliau turut menuduh kritikan Umno itu bersifat hipokrit kerana mereka juga bekerjasama dengan Cina. 

“Ye, memang (Presiden Gerakan Tan Sri Dr) Koh Tsu Koon itu Jawa,” sindirnya kepada Umno dihadapan penyokong yang kesemuanya Melayu malam tadi. 

“Dan Lim Chong Eu Bugis,” tambahnya. 


Jarumemas: Bukankah Mat Sabu orang Jawa? Ke dia ni orang laut yang tak pandai tinggal di darat? Tak habis pening di laut dia juga pening di daratan. Mereka yang bodoh bin bengong dan yang seangkatan dengannya pun percaya dengan kata-kata orang laut ni...Macam manalah Pas nak menang dengan DAP dan PKR? PKR  pula dah mula goyah kerana ramai pengikut setia dah mula mempersoalkan Azmin dan Anwar yang hidup membelakangkan kiblat. DAP bertepuk tangan sambil membaling tepung, seronok dengan tarian sewang yang dimainkan oleh Pas dan PKR.....

No comments:

Post a Comment