Monday, 9 April 2012

BN TIDAK POPULAR DI KALANGAN PENGUNDI MUDA, KATA KHIR TOYO

SHAH ALAM, 9 April — Pentadbiran Najib harus menarik pengundi muda kerana pemberian wang tunai daripada kerajaan tidak memberikan kesan kepada mereka, kata Dr Mohd Khir Toyo.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata pemberian wang tunai itu memang mewujudkan “rasa senang” rakyat Malaysia, namun ia hanya dirasai oleh mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Tawaran yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah turut memberikan tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Khir  turut memberi amaran kerajaan BN mempunyai tugas sukar — bagaimana hendak menarik perhatian mereka sedangkan pengundi lingkungan 21-30 dan 30-50, sudah “muak dengan politik”.

“Rasa senang itu ada namun terhad kepada pengundi berusia 50 tahun ke atas ... mereka sudah sememangnya menentukan siapa yang akan mereka undi.

“Mereka berusia lingkungan 30 ke 50 masih belum membuat keputusan, tapi lebih bahaya adalah mereka yang berumur 21-30 yang tidak minat politik,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah eksklusif baru-baru ini.


Jarumemas: Pengundi muda adalah penentukan kalah menang sesuatu parti. Orang muda selalunya tertarik dengan janji-janji manis, pujuk rayu yang boleh menggegarkan hati dan jiwa mereka, kerlipan bintang dan wang ringgit yang ditaburkan. Oleh itu, para pemimpin Barisan Nasional, apakah anda sudah bersedia untuk menarik perhatain anak-anak muda ini yang rapuh pendiriannya.....Pendirian yang sebeginilah boleh membuatkan mereka layu di tangan pembangkang, kecundang dengan pujuk rayu dan hamburan wang ringgit pembangkang. Sebenarnya mereka tidak sedar kerana dalam kelekaan ini membuatkan harga diri dan maruah bangsa boleh tergadai.

No comments:

Post a Comment