Wednesday, 4 April 2012

MENTADBIR NEGARA DENGAN JANJI KOSONG

Pencapaian Perdana Menteri Najib Razak selama tiga tahun seperti yang dibentangkan dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 sebenarnya mempunyai jurang yang besar dengan keadaan yang sebenar.

Banyak janji dan dasar yang telah dibuat oleh kerajaan Umno/BN tidak tercapai malah gagal mencapai matlamat yang disasarkan. PM Najib Razak telah menjadi seorang pemimpin yang mentadbir negara dengan slogan kosong.

Najib membuat pembentangan dengan profil yang tinggi sempena pilihanraya umum ke-13 yang semakin dekat, seolah-olah mengutarakan manifesto pilihan raya Umno/BN.

Beliau menyeru rakyat Malaysia untuk memberi peluang kepada Umno/BN serta tidak menukar pemandu di tengah-tengah jalan.

Kenyataan beliau sebenarnya menunjukkan bahawa Umno/BN telah mengakui kemarahan rakyat terhadap urus tadbir kerajaan yang korup dan salahguna kuasa.


Jarumemas: Apa saja yang kerajaan buat demi rakyat semuanya salah. Pada mereka pembangkang saja yang betul dan telus. Mereka buta mata dan hati untuk melihat segala pembangunan dan pembaharuan yang telah dilaksanakan untuk mereka dan rakyat. Kalau masih menolak semua ini, lebioh baik tinggalkan negara ini dan berhijrahlah ke negara lain....Pergilah ke Amerika Syarikat atau tinggal aje di Israel tu kalau nak tahu langit tinggi rendah. Inilah dia golongan yang kufur yang tidak tahu bersyukur dan sombong untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Kalau ada dalam kalangan keluarga mereka yang menerima BR1M sedia pulangkan balik kepada kerajaan. Kalau ada  suku sakat mereka yang dapat tender kerajaan, anak2manak mereka mendapat baucer RM200 dan RM100, pulangkan balik kerana sesungguhnya mereka tidak layak mengambilnya.

No comments:

Post a Comment