Mahasiswa umumnya diketahui sebagai seorang yang mempunyai idealisme yang tinggi seiring dengan ketinggian ilmu yang tertanam didalam jiwa mereka. Mereka adalah satu kelompok yang berjiwa besar, prihatin dan merupakan aset berharga kepada pembangunan negara di masa hadapan. Ini dibuktikan lagi dengan kepelbagaian gerakan mahasiswa diwujudkan bagi mencapai aspirasi yang digalas oleh mereka.
Zaman bergerak pantas menyebabkan pelbagai ideologi timbul dan menyebabkan pelbagai kekeliruan kepada mahasiswa khususnya mahasiswa Islam dan pada masa kini, ideologi liberal yang dipelopori barat telah mula menampakkan kesannya kepada gerakan mahasiswa di dalam negara.
Secara ringkas, liberalisme adalah seruan yang menuntut kebebasan manusia dan memperjuangkan kefahaman egalitarian atau dalam bahasa yang lebih mudah; seruan kesamarataan. Seseorang yang liberal juga mendokong hak kebebasan beragama serta mengamalkan apa yang dipercayai selaras dengan prinsip rasional seseorang.
Berada di alam kampus membolehkan saya membuat pemerhatian terhadap realiti yang melanda mahasiswa semasa,membimbangkan apabila melihat berkembangnya kefahaman-kefahaman bercorak negatif bersarang dijiwa segelintir mahasiswa. Kewujudan laman sosial seperti ‘facebook’ dan ‘twitter’memburukkan lagi keadaan apabila ia menjadi medium utama penyebaran fahaman-fahaman ini.
Tiada apa yang mampu saya lakukan melainkan terpaksa berterus-terang. - LUQMAN ABDUL HAMID
Jarumemas bimbang dengan perkembangan ini.
No comments:
Post a Comment