Wednesday, 4 April 2012

DRAMA OH DRAMA…DEWAN RAKYAT JADI PENTAS 'HALALKAN' DEMO BERSIH 3.0

bersih513“Dubai: undangan pidato middle east ceos - Tenang dlm pesawat setelah ribut Parlimen. Nonton filem apa?”

Itulah tweet Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa jam selepas bikin panas dalam Dewan Rakyat petang Selasa mengenai laporan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Proses Pilihanraya.
Lagaknya macam orang yang bersiul puashati kerana hajatnya tercapai untuk set suasana bagi mencetuskan alasan ' menghalalkan' kuncu-kuncunya mengadakan demo Bersih3.0 yang sudahpun diwar-warkan kebelakangan ini.

Malah ramai pemerhati politik awal-awal lagi sudah menduga 'lakonan kekecohan' mereka dalam sidang Dewan Rakyat ketika pembentangan laporan itu oleh pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ia tidak lain tidak bukan perang saraf untuk mencetuskan persepsi kononya pembangkang kini dalam keadaan terhimpit oleh tipu daya kerajaan dalam menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.

Soalnya apa yang kita rasa bila baca tweet tersebut.Ya, betapa tidak seriusnya Anwar dengan soal yang maha penting itu semata-mata kerana agenda politik sehingga perlu buat perhimpunan menyusahkan semua orang demi (konon) membersihkan pilihanraya.

Berapa ramai penyokong pembangkang akar umbi, yang tidak tahu menahu, terperdaya dengan dakyah pemimpin mereka ini, sanggup turun ke jalan raya sekali lagi konon untuk pilihanraya yang bebas dan adil.
Juga, jika kita tengok cara Anwar and the geng dengan biadapnya menjerit ‘leave the chair’ terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dalam Dewan Rakyat yang mulia.

Siapa boleh fikir selepas hanya beberapa jam beliau boleh relax dan tanya “nonton filem apa?” atas kapal terbang menuju ke Dubai.

Khamis Parlimen masih bersidang, kalau-kalau Anwar lupa, apa yang sibuk dengan pidato di luar negara jika keutamaan adalah perjuangkan rakyat Malaysia?

Sebab itu, ramai yang kata ‘drama’ pembangkang semakin hari semakin mudah dinilai oleh rakyat.

Berita selanjutnya...

Jarumemas: Inilah perangai Anwar dari dulu, kini dan selamanya selagi 'hajat' nak jadi PM tak tercapai. Yang bodohnya pecacai dia yang ikut aje apa yang dia suruh. Yang kena tipu rakyat. 'termakan' umpan yang dilemparkan oleh Anwar dan pecacai dia yang 'hompong' itu. Agaknya nanti  boleh dapat saham berjuta2 RM dari Anwar. Dia ke Dubai tu, bukan apa saja nak memburukkan lagi Malaysia ni. Kalau dia jadi PM, nanti Malaysia ni dia jual. Bila Malaysia dah tergadai ke tangan musuh, dia larilah ke US atau Israel kerana negara itulah yang beri dia segala2nya atas dunia ini. Inilah dia 'Raja Mandeliar' yang akan membuka pintu Malaysia kepada orang asing untuk menakluki. Anda masih ingat kisah Raja Mandeliar yang buka pintu kota Melaka untuk orang2 Portugis?. Selepas itu, bermulalah sejarah penjajahan di Tanah Melayu yang memakan masa selama 400 tahun lebih.

No comments:

Post a Comment