Thursday, 29 March 2012

PAKATAN AKAN AMBIL ALIH TOL TERLAMPAU UNTUNG

Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum kelak.

"Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka," menurut kenyataan bersama Pakatan.
Berhubung Lebuh Raya MEX, gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambilalihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan.

"Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion," kata kenyataan itu.

Cadangan itu dibuat PKR, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus.

ooppss!!...Persoalannya, mengapa mereka masih menggunakan lebuhraya ini untuk ke KLIA atau LCCT? Laluan ini memang ramai yang lalu, sudah tentulah MEX dapat untung. Itu yang pembangkang sakit hati sebab kerajaan pun dapat untung dan keuntungan itu adalah untuk menyempurnakan segala pembangunan dalam negara demi rakyat. Pembangkang berangan konon nak masuk rumah basuh kaki aje sebab segalanya telah tersedia, betul tak????

No comments:

Post a Comment