Thursday, 29 March 2012

DR M GESA UMNO BUKA PINTU PADA CENDEKIAWAN, PROFESIONAL

Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
  
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
  
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.
  
NONE"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.
  
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.


ooppss...Sekarang ini para guru tak ada masa nak berpolitik sebab kekangan tugas yang perlu dilaksanakan. Lagipun cikgu mana ada banyak duit untuk berpolitik. Gaji cukup makan saja. Lainlah ahli perniagaan, mereka banyak duit dan tak sayang campak seribu dua kepada penyokongnya. Cikgu setakat boleh tabur  air liur ajelah. Pernah abang kepada sahabat teman yang merupakan seorang cikgu. Arwah pernah sama berkempen untuk seorang ahli politik di kampungnya sampai jatuh kerana diserang sakit jantung. Bila ahli politik tersebut menang, arwah cikgu ini tak dapat apa-apa penghargaan pun cuma dapat dakapan YB itu saja semasa melawat arwah di wad jantung!!

No comments:

Post a Comment