Friday, 3 January 2014

Exco: Tiada arahan serbuan dari k'jaan negeri

Exco agama Selangor Sallehan Mukhyi berkata kerajaan negeri tidak mengarahkan Jabatan Agama Islam negeri itu (JAIS) melakukan serbuan terhadap Pejabat Bible Society Malaysia (BSM) di Petaling Jaya hari ini.
 
Beliau juga berkata jabatan itu juga tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri berhubung serbuan tersebut dan ADUN Sabak itu hanya mengetahuinya selepas tindakan itu dibuat.

"Kami diberitahu baru saja tapi kami tak ada maklumat. JAIS tak memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai serbuan tersebut.
 
"Apa tindakan JAIS, (mereka) perlu mendapat arahan dari sama ada (daripada) kerajaan negeri atau MAIS (Majlis Agama Islam Selangor). 
 
“Perkara (serbuan) ini tak dibincangkan dengan kerajaan negeri," katanya ketika dihubungiMalaysiakini. 


Jarumemas: Apa yang kita buat perlu mendapat keizinan daripada pihak atasan. Kalau betul Jais bertindak tanpa  arahan maka, kita perlu belajar dari apa yang berlaku. 

Harga ikan kembung di Kedah naik 50 peratus


Harga ikan kembung di Kedah meningkat sehingga 50 peratus akibat perubahan iklim menyebabkan tangkapan merosot dan bekalan kurang di pasaran sejak tiga minggu lepas.
    
Tinjauan Bernama di beberapa pasar di bandaraya ini dan Kuala Kedah mendapati ikan kembung yang biasa dijual di bawah RM8 sekilogram kini dijual antara RM10 hingga RM12 satu kilogram.
    
Peniaga ikan Sahilan Mustafa, 45, berkata sebelum ini dia menjual ikan kembung antara RM5 hingga RM7 sekilogram tetapi kekurangan bekalan menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga.
    
"Bekalan yang kami dapat sekarang tidak banyak, purata seorang boleh dapat 20 kilogram," katanya yang ditemui berniaga di Jeti Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah, dekat Alor Setar hari ini.


Jarumemas: Bukan di Alor Setar saja harga ikan melambung, di mana mana pasar pun begitu. Apatah lagi sekarang ini musim laut bergelora nelayan tidak dapat pergi ke laut. Jom kita makan makanan sihat iaitu kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan sementara nak tunggu harga ikan turun!!!

MP: Harussani mufti tak ada umat


Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat membidas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golonganbughah (pemberontak)”.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan kenyataan Harussani itu seperti 'seorang mufti yang tak ada umat (penyokong)' berbanding tokoh agama tersohor Dr Yusuf al-Qaradhawi.



"Jika kita bandingkan dengan protes di Mesir, ada mufti Mesir, ulama kerajaan keluar kenyataan jangan (terlibat dalam) protes tapi Yusof al-Qardawi menyangkal dakwaan tersebut dan protes itu dihalalkan.

"Maka pandangan mufti Perak ini, boleh digambarkan dalam konteks begitu yang (mana) beliau tidak mempunyai umat (untuk mendapat sokongan)," kata ahli parlimen Bukit Katil itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.


Jarumemas: Harussani bukan mencari penyokong tetapi beliau bercakap kerana agamanya. 

Majlis gereja: Kamu tiada kuasa masuk premis non-Muslim


Majlis Gereja Malaysia (CCM) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghentikan serbuan pihak berkuasa agama Islam terhadap agama lain pada masa akan datang.

Setiausaha Agung CCM Hermen Shastri berkata pihaknya bimbang dengan apa yang berlaku terhadap Bibles Society of Malaysia (BSM), sejurus bermulanya tahun baru ini.

"CCM percaya pihak berkuasa agama Islam tidak mempunyai kuasa dalam undang-undang untuk memasuki premis sah penganut bukan Islam untuk tujuan pemeriksaan, penyelidikan atau serbuan.


Jarumemas: Kalau cacing dah naik ke mata takkan nak dibiarkan ia bermaharajalela. 

Ulama PAS kecam Harussani ‘sangat jahil’ selepas ‘fatwa’ darah halal ke atas peserta himpunan

Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel peserta perhimpunan anti-kenaikan harga baru-baru ini sebagai pemberontak yang halal darah mereka terus dikecam, termasuk oleh Dewan Ulama PAS.
"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah.
"Ia merupakan kenyataan yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat," kata ketua penerangan Dewan Ulama PAS, Khairudin Aman Razali.

Jarumemas: Jangan sampai kita sesama Melayu bergaduh, sesama Islam benci membenci sedangklan orang lain bertepuk tangan melihat gelagat kita yang memalukan. 

Patutkah politik dicampur agama? –

Semalam ada pihak yang bertanya saya tentang mereka yang memakai kasut semasa solat. Soalan itu merujuk kepada kumpulan anak-anak muda yang membantah kenaikan harga barang yang bersolat dalam keadaan memakai kasut di tempat mereka berkumpul. Ada pula yang cuba menyatakan solat itu tidak sah, bahkan ada yang menyatakan itu seperti menghina solat.
Rentetan dari itu juga, ada yang menyatakan anak-anak muda yang memakai topeng ala vendetta dalam perhimpunan itu telah rosak akidah mereka kerana menyerupai ajaran Kristian.
Samada kita bersetuju ataupun tidak dengan perhimpunan anak-anak muda, suatu hal yang lain, tapi yang jelas kenyataan-kenyataan ini walaupun berbunyi agama tetapi hakikat bukan bertujuan agama. Sebaliknya, bertujuan kepentingan politik pihak tertentu malangnya, unsur agama dimainkan untuk menjatuhkan pihak yang bertentangan. Hal ini berlaku dalam banyak pihak dan puak sepanjang sejarah politik manusia.
Oleh: Mohd Asri Zainul Abidin

Jarumemas: Bertindak dengan kewarasan fikiran bukan dengan perasaan dan emosi yang marah kerana  terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Setiap permasalahan ada penyelesaiannya. Bawa berbincang barulah keputusan terbaik dapat dicapai bukan dengan kekerasan. 

Turun persoal kefahaman demokrasi Dr Mahathir selepas sifatkan himpunan ‘tidak demokratik’

Gerakan Turun Kos Sara Hidup atau Turun, yang menganjurkan perhimpunan sempena Ambang Tahun Baru baru-baru ini untuk membantah siri kenaikan harga barang, menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyifatkan himpunan itu tidak demokratik.
"Apakah beliau mahu mendakwa bahawa hak berhimpun mengikut undang-undang demokrasi yang diamalkan di negara ini merupakan tindakan tidak demokratik?" tanya jurucakap Turun, Muhammad Afiq Awang Bakar, yang menganggarkan kehadiran lebih 50 ribu di Dataran Merdeka, Selasa lepas.

"Tindakan kami bersama lebih 50 ribu rakyat Malaysia berkumpul pada 31 Disember 2013 adalah mengikut lunas undang-undang seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Fasal 1 (a), (b) dan (c)," tambahnya.


Jarumemas: Tetapi adakah tindakan mereka 'merampas' pentas utama ketika orang ramai sedang berhibur dengan persembahan? Ada cara yang betul yang boleh mereka lakukan bagi menyuarakan bantahan bukan dengan cara ikut-ikutan masyarakat luar yang tidak bertamadun.