Harga ikan kembung di Kedah meningkat sehingga 50 peratus akibat perubahan iklim menyebabkan tangkapan merosot dan bekalan kurang di pasaran sejak tiga minggu lepas.
Tinjauan Bernama di beberapa pasar di bandaraya ini dan Kuala Kedah mendapati ikan kembung yang biasa dijual di bawah RM8 sekilogram kini dijual antara RM10 hingga RM12 satu kilogram.
Peniaga ikan Sahilan Mustafa, 45, berkata sebelum ini dia menjual ikan kembung antara RM5 hingga RM7 sekilogram tetapi kekurangan bekalan menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga.
"Bekalan yang kami dapat sekarang tidak banyak, purata seorang boleh dapat 20 kilogram," katanya yang ditemui berniaga di Jeti Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah, dekat Alor Setar hari ini.
Lagi...www.malaysiakini.com
Jarumemas: Bukan di Alor Setar saja harga ikan melambung, di mana mana pasar pun begitu. Apatah lagi sekarang ini musim laut bergelora nelayan tidak dapat pergi ke laut. Jom kita makan makanan sihat iaitu kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan sementara nak tunggu harga ikan turun!!!
No comments:
Post a Comment