Exco agama Selangor Sallehan Mukhyi berkata kerajaan negeri tidak mengarahkan Jabatan Agama Islam negeri itu (JAIS) melakukan serbuan terhadap Pejabat Bible Society Malaysia (BSM) di Petaling Jaya hari ini.
Beliau juga berkata jabatan itu juga tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri berhubung serbuan tersebut dan ADUN Sabak itu hanya mengetahuinya selepas tindakan itu dibuat.
"Kami diberitahu baru saja tapi kami tak ada maklumat. JAIS tak memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai serbuan tersebut.
"Apa tindakan JAIS, (mereka) perlu mendapat arahan dari sama ada (daripada) kerajaan negeri atau MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).
“Perkara (serbuan) ini tak dibincangkan dengan kerajaan negeri," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.
Lagi...www.malaysiakini.com
Jarumemas: Apa yang kita buat perlu mendapat keizinan daripada pihak atasan. Kalau betul Jais bertindak tanpa arahan maka, kita perlu belajar dari apa yang berlaku.
No comments:
Post a Comment