KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Groupon, portal pembelian dalam talian, mengumumkan kajian terkininya menunjukkan 73 peratus pengguna Malaysia membelanjakan purata RM241 bagi hadiah musim perayaan.
Responden membelanjakan 23 peratus daripada belanjawan membeli belah musim cuti mereka melalui alat peranti, lebih tinggi daripada warga Singapura (22 peratus), Indonesia (22 peratus) dan Hong Kong (20 peratus), demikian menurut syarikat itu dalam satu kenyataan Isnin.
Kajian berkenaan yang dijalankan di 12 pasaran di Asia Pasifik, menunjukkan 73 peratus daripada warga Malaysia mendapati dapat kekal dalam bajet mereka dan menemui hadiah pada harga yang munasabah sebagai perkara utama bagi musim membeli belah.
Menurut Groupon, 74 peratus daripada responden membeli di Groupon untuk menjimatkan wang manakala 65 peratus untuk menjimatkan masa dan 10 produk paling popular adalah restoran, percutian, pakaian dan kasut, produk kecantikan, elektronik peribadi, hiburan, rawatan spa, mainan, buku serta muzik dan barang kemas.
Sumber: BERNAMA
Jarumemas: Rakyat MAlaysia semakin kaya, Alhamdulillah. Negara kita yang aman dan damai membuatkan ekonomi negara berkembang dengan sihat dan sewajarnya kita memelihara keamanan yang ada. Jika ada pihak-pihak yang mahu menghuruharakan negara ini elok saja kita nyahkan mereka dari negara ini secara tuntas.
Tuesday, 26 November 2013
Anwar Cuba Alih Perhatian Apabila Rakyat Tahu Pembohongannya - Ahmad Zahid
IPOH, 25 nov (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim kini cuba mengalih perhatian umum setelah terperangkap dengan pembohongannya mengenai 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke negara ini untuk mengundi dalam pilihan raya umum lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata Ketua Pembangkang itu mahu mencari jalan keluar dengan menafikan perkara tersebut serta menyalahkan orang lain selepas rakyat mengetahui tentang pembohongannya.
"Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mendapat rakaman, bahan-bahan ucapan, maklumat daripada media siber yang memuat turun semua yang dibuat Ketua Pembangkang.
"Janganlah apabila telah terdesak ke dinding menyalahkan kononnya ia dibangkitkan oleh pihak yang lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini Isnin.
Lagi....www.bernama.com
Jarumemas: Manusia lidah bercabang sentiasa memutarbelitkan kenyataannya.

Pasukan Petugas Ditubuh Saring Pengusaha Pelancongan Pesisiran Di Semporna
KOTA KINABALU, 25 Nov (Bernama) -- Sebuah pasukan petugas dianggotai wakil daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan persekutuan, Jabatan Imigresen dan agensi berkaitan lain ditubuhkan untuk memastikan hanya pengusaha perkhidmatan yang sah dibenar menjalankan perniagaan berkaitan pelancongan pesisir di Semporna.
Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berkata langkah tersebut diperlukan berikutan kejadian bunuh dan culik melibatkan dua rakyat Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna baru-baru ini.
Sehubungan itu, Masidi menyeru penggiat industri pelancongan supaya mengetatkan langkah keselamatan di premis masing-masing dan kawasan sekitarnya untuk menambah keyakinan orang ramai, terutama pelancong tentang keadaan keselamatan di negeri ini.
"Perniagaan inap desa perlu memenuhi syarat tertentu, manakala rumah tumpangan perlu dilesenkan pihak berkuasa berkenaan...kami tidak boleh membiarkan atau menutup mata terhadap perniagaan inap desa yang tidak sah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan dialog khas dengan penggiat industri pelancongan Sabah di sini hari ini.
Lagi....www.bernama.com
Jarumemas: Keselamatan pesisiran pantai tanah air adalah tanggungjawab bersama, kerajaan mahupun rakyat.

Sedar Dan Insaflah Daripada Terus Ditipu Pembangkang, Kata Ahmad Shabery
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Para penyokong pembangkang perlu sedar daripada terus ditipu pihak tidak bertanggungjawab kerana segala tohmahan mereka terhadap kerajaan terbukti tidak betul, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Anggota Parlimen Kemaman itu berkata satu demi satu penipuan yang dilakukan pembangkang khususnya berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sehingga kini masih gagal dibuktikan.
"Dulu pasal 16 Sept, ramai percaya akhirnya dikecewakan. Sekarang ni betul-betul percaya 40,000 warga Bangladesh digunakan. Sehingga dipanggil perhimpunan Black 505, orang penuh ke Stadium Kelana Jaya dan betapa sesaknya jalan raya pada masa itu.
"Pergi ke Padang Merbok dan berbaring walaupun di tengah waktu jerebu. Tapi bila sampai waktu buat petisyen, warga asing, blackout... penipuan yang dikatakan dibuat SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), mereka gagal buktikan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan LocalSIMkad.com di sini hari ini.
Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan berdolak-dalik pembangkang yang mendakwa Barisan Nasional menggunakan warga asing untuk mengundi parti gabungan itu pada PRU13 Mei lepas.
"Ini pembohongan besar. Saya harap rakyat akan sedar dan insaf kerana jika mereka terus ikut, mereka akan jadi mangsa kepada segerombolan penipu yang akan cipta penipuan lain," tegasnya.

Jarumemas: Mereka yang taksub tidak mudah untuk disedarkan bahawa mereka telah ditipu.
SPNB Cari Jalan Kawal Harga Rumah Mampu Miliknya
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tetap mengekalkan harga rumah mampu miliknya pada RM250,000 dan ke bawah sekalipun harga pasaran hartanah sekarang adalah tinggi.
Naib Presidennya Siti Hajar Md Saleh berkata SPNB akan mencari kaedah terkini bagi mengawal harga rumah mampu milik yang mereka majukan demi kepentingan rakyat.
"Jika kami agensi kerajaan menaikkan harga, siapa yang akan menolong rakyat (memiliki rumah)," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel program bicara isu 'Pemilikan Rumah di Lembah Klang - Antara Mimpi dan Realiti', di sini Isnin.
Mengulas perkembangan berkaitan, Siti Hajar berkata SPNB melancarkan dua lagi projek perumahan yang menawarkan 1,855 unit rumah mampu milik iaitu 1,200 unit di Laguna Biru, Sungai Buloh dan 655 unit di Alam Prima, Shah Alam.
Program bicara isu anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan itu bertujuan membincangkan isu pemilikan rumah di Lembah Klang termasuk harga rumah, masalah berkenaan struktur dan kualiti binaan serta sikap pembeli.
Turut menjadi anggota panel ialah Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Jabatan Perumahan Negara Gurdev Singh, manakala Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Datuk Zulkefli Salleh menjadi perantara.

Jarumemas: Bersyukur kerana dapat membeli rumah pada harga RM47 ribu sahaja untuk teres satu tingkat.
Thursday, 21 November 2013
Kerajaan batal jangka hayat kenderaan 12 tahun
Putrajaya membatalkan hasrat untuk menetapkan had 12 tahun untuk kenderaan selepas menerima bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang dan pemilik kenderaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk meneruskan cadangan itu.
“Saya mahu tegaskan, kami tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan jangka hayat kenderaan untuk dilupuskan kerana kita tidak mahu menyusahkan orang ramai,” katanya menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR - Bayan Baru).
Lagi...www.malaysian insider.com
Jarumemas: Lega rasanya...
PAC: Ahmad Shabery bebas dakwaan pembayaran RM1.6 juta konsert K-pop
Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) mengesahkan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bebas daripada segala tuduhan penyelewengan ke atas pembayaran sebanyak RM1.6 juta kepada kumpulan artis K-pop semasa sambutan Hari Belia Negara 2012.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ahli panel tidak mendapati wujudnya elemen kecuaian dan penyalahgunaan dana selepas mendengar penjelasan Ahmad Shabery.
"Beliau memberi jawapan yang bagus dan kenyataan memuaskan. Ini menunjukkan bahawa beliau mahu melakukan pelbagai perubahan dengan cara berbeza tetapi dikekang dengan prosedur semasa.
Lagi.....www.malaysianinsider.com
Jarumemas: Berani kerana benar.
Subscribe to:
Posts (Atom)