Thursday, 10 May 2012

Najib: I cannot afford one wrong decision


KUALA LUMPUR, May 10 — Datuk Seri Najib Razak related today the responsibilities he shoulders as prime minister, saying his administration could not even afford a single mistake as it would be used as fodder to dispute his leadership.

Najib, who had taken on the country’s reins at a time when the ruling Barisan Nasional (BN) was said to be at its weakest, said the “stress factor” in being prime minister soars when he has to make major decisions and ensure that they satisfy all, if not most, segments of society.

“When you are PM, if we have to make 10 major decisions, we need to get 10 out of 10 right. If we only get nine right, and one inaccurate, that is the one that people would fault us for.

Read more...
Jarumemas:  Chayok! chayok! chayok! Mr. PM. All the while,  the oppositions party have not fulfilled their promises to the rakyat.


Segerakan pendidikan percuma

Kira-kira 50 ahli Pemuda MIC negeri Selangor semalam berhimpun secara aman di pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menuntut kerajaan negeri  merealisasikan pendidikan percuma dan menunaikan janji Piliha Raya Umum 2008.

Ketuanya, Shanker Raj Ayanger berkata, kerajaan negeri sepatutnya memulakan pengajian percuma di dua universiti di bawah kendaliannya iaitu Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) sebelum mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).

Sumber: Sinar Harian

Jarumemas: Ibarat 'menanam tebu di tepi bibir'. Memang senang menabur janji sebab ia antara gigi dengan lidah saja. Kalau rakyat dah mula muak dan jelak dan bosan kerana janji tak ditepati, tunggu sajalah masa pilihan raya  nanti.

Hukum kakitanagn awam cuai

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menggesa semua  agensi kerajaan yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara perlu mengambil tindakan segera menghukum kakitangan yang cuai menjalankan amanah. Tindakan ini perlu bagi menunjukkan kerajaan serius mengatasi masalah tersebut supaya kesalahan yang sama tidak berulang di masa akan datang.

Sumber: Utusan Malaysia

Jarumemas:  Kerja itu adalah ibadah yang telah diamanahkan. Lakukanlah dengan sejujur dan seikhlas mungkin wahai kakitangan awam.

Ekspatriat Singapura dakwa diserang pengawal peribadi kerabat diraja Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Empat ekspatriat Singapura mendakwa mereka telah diserang pengawal peribadi keluarga kerabat diraja Malaysia ketika bercuti di salah sebuah pulau di Johor.

The Straits Times hari ini melaporkan keempat-empat lelaki tersebut “diserang dengan kejam” tidak berapa lama apabila mereka menjejakkan kaki ke pulau Resort Alang Rawa, di Pulau Rawa, serangan kedua selepas tujuh tahun di pulau tersebut yang dikaitkan dengan kerabat diraja.

Menurut akhbar terbabit, serangan yang berlaku di kepulauan berhampiran Mersing itu menyaksikan lelaki British 28 tahun mengalami kecederaan dan rakan Jermannya, mengalami pendarahan di otak.


Jarumemas:  No Comment!! Biarlah pihak polis jalankan siasatan mereka.

Wednesday, 9 May 2012

Arab Saudi minta Malaysia pastikan rakyatnya tidak berdemonstrasi di Makkah, Madinah

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Kerajaan Arab Saudi meminta Malaysia mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rakyat negara ini tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi atau perhimpunan haram di Makkah dan Madinah seperti mana yang berlaku di kedua-dua kota suci umat Islam itu pada 26 April lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman  berkata perkara itu dinyatakan kerajaan Arab Saudi menerusi satu nota diplomatik bertarikh 3 Mei, yang dikeluarkan oleh kedutaannya di sini.

“Dalam surat itu juga, kita telah diminta supaya menasihatkan rakyat kita agar mematuhi undang-undang dan norma-norma tempatan Arab Saudi,” katanya pada sidang media di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini, hari ini.

Media melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap penganjuran perhimpunan itu, yang didalangi pembangkang, di Makkah dan Madinah.


Jarumemas: Bersih 3 ini bukan sahaja menyusahkan negara tetapi turut menyusahkan bakal-bakal jemaah haji dan umrah negara. Kalau kerajaan Arab Saudi bertindak serupa kepada jemaah Brunei suatu ketika dulu, bakal-bakal jemaah Malaysia akan terpaks berputih mata buat seketika untuk menunaikan haji dan umrah. Persoalannya, rakyat masih tidak nampak kah apa yang pembangkang telah lakukan demi mencapai hajat hati yang Allah masih tidak izinkan untuk mereka memerintah negara. Rakyat perlu membuat perhitungan dengan pembangkang yang lebih banyak melakukan kerosakan daripada pembangunan dalam negara sekarang ini.

Najib keliru Bersih dan Mesir, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keliru antara  matlamat perhimpunan Bersih 3.0 dan kebangkitan rakyat di Dataran Tahrir, Mesir, tahun lalu yang mana Najib dakwanya menggunakan agensi kerajaan untuk mengelirukan rakyat.

Dipetik Sinar Harian Online, Anwar  berkata: “Jadi dia gunakan bekas Ketua Polis (Negara) dan ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan,” kata Ketua Pembangkang itu ketika berucap pada siri Ceramah Perdana dan Jelajah Merdeka: Pasca-Bersih 3.0 di Padang Kampung Baru, Batu Caves dekat sini, malam tadi.

Siri ceramah itu susulan kepada perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April, dilihat sebagai usaha mengekalkan momentum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkata, mereka  mahu menggunakan platform itu untuk menjelaskan tujuan dan matlamat perhimpunan Bersih 3.0.

Pentadbiran Barisan Nasional (BN) pula termasuk Najib mendakwa pembangkang menggunakan perhimpunan itu untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana berlaku di Mesir awal tahun lalu.


Jarumemas: Kalau dia jadi pemerintah, adakah dia akan buat perakra yang sama seperti yang PM lakukan? Inilah dia dajal yang mahu memporakperandakan negara dia sendiri asalkan hajat tercapai. Inilah dajal yang membuatkan matlamat menghalalkan cara. Ya Allah jauhkan dia ini daripada menjadi ketua negaraku, amin.

Rahim Noor gelar Nik Aziz 'bapa kafir'

Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

Akhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.

"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS.

"Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.

Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.

"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.

Berita lanjut...

Jarumemas: Datuk Nik Aziz sewajarnya mengundurkan diri dari arena politik ini kerana banyak kenyataan yang dikeluarkan beliau memaparkan sikapnya yang tidak menyenangkan orang ramai. Sebagai orang yang digelar ulama, eloklah berundur dengan baik. Sudah tentu keluarga beliau pun tidak suka beliau digelar dengan macam-macam gelaran. Biarlah nama Tok Guru sentiasa dikenang dalam baik dan dihormati.