Kira-kira 50 ahli Pemuda MIC negeri Selangor semalam berhimpun secara aman di pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menuntut kerajaan negeri merealisasikan pendidikan percuma dan menunaikan janji Piliha Raya Umum 2008.
Ketuanya, Shanker Raj Ayanger berkata, kerajaan negeri sepatutnya memulakan pengajian percuma di dua universiti di bawah kendaliannya iaitu Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) sebelum mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).
Sumber: Sinar Harian
Jarumemas: Ibarat 'menanam tebu di tepi bibir'. Memang senang menabur janji sebab ia antara gigi dengan lidah saja. Kalau rakyat dah mula muak dan jelak dan bosan kerana janji tak ditepati, tunggu sajalah masa pilihan raya nanti.
No comments:
Post a Comment