Wednesday, 9 May 2012

Najib keliru Bersih dan Mesir, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keliru antara  matlamat perhimpunan Bersih 3.0 dan kebangkitan rakyat di Dataran Tahrir, Mesir, tahun lalu yang mana Najib dakwanya menggunakan agensi kerajaan untuk mengelirukan rakyat.

Dipetik Sinar Harian Online, Anwar  berkata: “Jadi dia gunakan bekas Ketua Polis (Negara) dan ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan,” kata Ketua Pembangkang itu ketika berucap pada siri Ceramah Perdana dan Jelajah Merdeka: Pasca-Bersih 3.0 di Padang Kampung Baru, Batu Caves dekat sini, malam tadi.

Siri ceramah itu susulan kepada perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April, dilihat sebagai usaha mengekalkan momentum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkata, mereka  mahu menggunakan platform itu untuk menjelaskan tujuan dan matlamat perhimpunan Bersih 3.0.

Pentadbiran Barisan Nasional (BN) pula termasuk Najib mendakwa pembangkang menggunakan perhimpunan itu untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana berlaku di Mesir awal tahun lalu.


Jarumemas: Kalau dia jadi pemerintah, adakah dia akan buat perakra yang sama seperti yang PM lakukan? Inilah dia dajal yang mahu memporakperandakan negara dia sendiri asalkan hajat tercapai. Inilah dajal yang membuatkan matlamat menghalalkan cara. Ya Allah jauhkan dia ini daripada menjadi ketua negaraku, amin.

No comments:

Post a Comment