Friday, 24 January 2014

Jumlah penganut Kristian tukar agama di Sabah lebih ramai daripada dilaporkan

Lebih ramai penganut Kristian di pedalaman menukar agama kepada Islam daripada apa yang dilaporkan, menurut satu mesyuarat paderi Kristian di Kota Kinabalu.
Mesyuarat tergempar itu diadakan pada Rabu selepas The Malaysian Insider melaporkan penganut Kristian di kawasan pedalaman Pitas diperdayakan untuk meninggalkan agama tersebut selepas diberikan ganjaran RM100.
Laporan berita sebelum ini berkata, 64 penduduk termasuk kanak-kanak daripada tiga kampung di pedalaman Sabah di daerah Pitas iaitu Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop ditipu sebelum diislamkan semasa hari tahun baru.
“Ya, ia berlaku seperti apa yang diberitahu orang kita,” kata Presiden Gereja Protestan Sabah (PCS), Rev Jensey Mojuin kepada The Malaysian Insider.

Jarumemas: Sekarang ini sudah berapa ramai umat Islam yang sudah murtad memeluk agama Kristian angkara mereka yang memberi macam-macam selain dari bantuan kewangan. 

Abim desak batalkan debat kalimah Allah

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini mendesak akhbar Sinar Harian membatalkan wacana perdebatan isu kalimah Allah yang akan berlangsung pada Isnin ini kerana pertikaian isu masih belum didengar di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata wacana Sinar siri ke-26 yang menggunakan pendekatan perdebatan itu tidak akan dapat menyelesaikan polemik kalimah Allah kerana isu tersebut seharusnya dibincangkan oleh kumpulan ilmuan yang sentiasa berlapang dada dan mengambil pendekatan bersederhana.
“Abim menyerahkan surat kepada Sinar Harian untuk menyarankan agar penganjuran debat tersebut dibatalkan.
“Kami menilai perdebatan yang melibatkan dua tokoh politik tidak akan memberi sebarang jalan penyelesaian bahkan bertambah buruk apabila isu yang bersifat teologi akan diheret kepada perkara yang lebih sensitif melibatkan perundangan dan institusi raja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jarumemas: Eloklah dihentikan isu ini menjadi lebih gawat. Kita sesama Islam perlu mematahkan secara tuntas isu ini agar Islam tidak mudah diperkotakatikkan oleh pihak-pihak yang anti-Islam. 

RON95 hanya untuk golongan miskin, kata Ku Nan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan satu mekanisme baru akan diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun ini bagi membolehkan bahan bakar RON95 hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, pendekatan itu diambil meskipun pelaksanaan sebelum ini menemui jalan buntu.
"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard atau pun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95.
"Malah negara jiran dari Singapura dan Thailand serta warga asing yang bekerja di negara ini juga sedang menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi," katanya seperti dilapor MStar Online.

Jarumemas: Cadangan ini mungkin akan membuatkan banyak pengguna yang marah dan tidak bersetuju. 

NGO Islam Pulau Pinang tuntut haramkan jualan babi secara terbuka

Tekanan semakin meningkat di Pulau Pinang hari ini apabila badan bukan kerajaan (NGO) Islam menuntut kerajaan negeri untuk melarang penjualan daging babi secara terbuka di negeri itu.
Islamic Solidarity and Charity Organization (Isco) mengatakan penjualan daging babi secara terbuka tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Pulau Pinang.
Presiden Isco, Abdul Rahman Makhtun berkata dalam suratnya kepada presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Patahiyyah Ismail hari ini, MPPP harus lebih menghormati sensitiviti umat Islam oleh kerana haiwan tersebut adalah haram di sisi Islam.
"Isco risau dengan penjual daging babi yang semakin berani untuk menjual daging haiwan tersebut secara terbuka di sekitar Georgetown seperti Lebuh Chulia, Jalan Kuantan, Jalan CY Choy dan lain-lain lagi.
"Kami tegas meminta MPPP untuk bertindak terhadap penjual daging babi yang tidak sensitif dengan melarang penjualan daging babi secara terbuka," katanya dalam surat tersebut.

Jarumemas: Kalau depa pandai rasa tersinggung apabila berkaitan dengan binatang ini, inikan pula kita umat Islam dipersendakan dengan penggunaan kalimah Allah. 

Kalimah Allah: Strategi Kristian murtadkan umat Islam Sabah, Sarawak

Isu kalimah Allah adalah strategi penganut Kristian mengelirukan serta memujuk umat Islam di Sabah dan Sarawak untuk memeluk agama Kristian, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
Beliau berkata, desakan penganut Kristian untuk menggunakan kalimah Allah adalah bukti bahawa mereka mahu memurtadkan umat Islam.
Sebelum ini, katanya, tidak terdapat sebarang perselisihan untuk menggunakan kalimah tersebut.
"Jadi apakah tujuan mereka sekarang," katanya dalam forum Hak Asasi Manusia dalam Islam di Kuala Lumpur, hari ini.

Jarumemas: Umat Islam kenalah pandai membaca apa yang tersurat dan apa yang tersurat di sebalik semua ini. Jangan sampai kita jadi seperti lembu dicucuk hidung. 

Majlis Fatwa diperguna Putrajaya, sekat perbezaan pendapat, kata peguam


Majlis Fatwa Kebangsaan membenarkan diri mereka dipergunakan oleh Putrajaya sebagai alat menyekat perbezaan pendapat walaupun tidak mempunyai asas perundangan terhadap Islam, kata peguam.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, peguam berkenaan berkata, kegagalan menyemak trend berkenaan memungkinkan majlis tersebut hilang kredibiliti kerana mereka seharusnya menggunakan Islam sebagai lambang kebaikan terhadap rakyat berbilang agama di Malaysia.
Peguam, Syahredzan Johan, berkata amat malang apabila majlis fatwa menerima tempias persepsi memihak kepada Putrajaya.
"Majlis perlu menyelesaikannya segera jika mahu dilihat sebagai institusi sah di Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Jarumemas: Tak dapat tanduk telinga dipulas. 

Dr Mahathir: Kristian ada niat tertentu guna kalimah Allah

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam dan percubaan pihak tertentu untuk memperkenalkan penggunaannya di semenanjung dalam Bible berbahasa Melayu adalah bagi memuaskan agenda tersendiri.
Bekas perdana menteri itu berkata sehari selepas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengatakan semalam Kabinet kekal dengan penyelesaian 10 perkara, perkataan Arab tersebut tidak pernah digunakan oleh penganut Kristian sebelum kedatangan Islam 1,400 tahun dahulu.
"Ia tidak pernah digunakan dalam Bible, tidak kira dalam bahasa apa sekali pun," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini.

Jarumemas: Depa ni sengaja cari fasal dengan umat Islam, sengaja jolok sarangb tebuan. Nanti bila disengat mulalah salahkan umat Islam yang bertindak  ganas dan tidak berperikemanusiaan.