Monday, 19 August 2013

M'sia ramai doktor, tapi kurang pakar


Malaysia berdepan kekurangan doktor pakar meskipun negara menghasilkan lebih ramai doktor setiap tahun dari institusi tempatan dan luar negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masalah itu perlu ditangani segera bagi mengelak kekurangan doktor pakar yang kian meruncing pada masa depan.

Beliau berkata negara memerlukan lebih ramai doktor pakar yang mahir dalam pelbagai bidang selain mengawal peningkatan golongan itu yang tidak memenuhi kriteria.

"Kita masih kekurangan dari segi doktor pakar kerana kita hanya berjaya melatih kira-kira 500 hingga 600 doktor sebagai pakar setiap tahun.

"Jadi, kita akan melihat bagaimana untuk menambah bilangan doktor pakar dan pada masa yang sama, memperbaiki kualiti tahap penjagaan dan peningkatan penduduk," katanya kepada pemberita pada majlis Sepetang Bersama Menteri Kesihatan anjuran Persatuan Perubatan Malaysia di Kuala Lumpur semalam.


Jarumemas: Dan masih ada pesakit yang merungut terpaksa menunggu lama untuk berjumpa dengan pakar. 

Roboh surau: Pandangan saya berbeza, kata Dr M


Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau mempunyai pandangan yang berbeza berhubung cadangan perobohan surau yang digunakan oleh sekumpulan penganut Buddha untuk bermeditasi di sebuah resort di Kota Tinggi.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas secara terperinci berhubung pandangannya itu.

mahathir open house 180813
"Untuk merobohkan surau saya tak tahu. Saya ada pandangan yang berbeza. Tetapi penduduk di situ mahu ia dirobohkan. Jadi adalah lebih baik pihak berkuasa merobohkan surau itu. 

"Kita harus mengikut kehendak penduduk di situ," katanya dalam sidang media ketika mengadakan majlis rumah terbuka di rumahnya di Serdang hari ini. 



Jarumemas: Hormat dengan pandangan Tun yang bernas dan logik. Namun ada pihak yang menyifatkan beliau sudah tua nanyuk pula. Pada teman orang yang beranggapan sebegitu, adalah yang mempunyai pemikiran lapuk dan tidak mahu berfikir di luar kotak. 

Dr M: Umno perlu generasi baru untuk kekal relevan


Mantan Presiden Umno Tun Mahathir Mohamad berkata, Umno memerlukan lebih ramai generasi baru menyertai dan menerajui parti itu bagi memastikannya kekal relevan.

mahathir mohamad raya open house serdang 180813
"Mereka perlu mengkaji semula diri mereka kerana parti semakin tua dan ramai pemimpin dalam parti itu telah berada di sana untuk tempoh yang lama. 

"Orang muda tidak merasakan perkara itu menarik," katanya ketika ditanya berhubung keperluan Umno berubah untuk kekal relevan dalam sidang media di rumah terbukanya di Seri Kembangan, Serdang hari ini.

Beliau berkata lagi, selain pelbagai dakwaan seperti rasuah dalam parti, generasi muda juga dilihat tidak diberi peluang untuk menerajui parti.


Jarumemas: Eloklah generasi baru diberi peluang memimpin da menerajui negara. Yang tua wajar berundur secara terhormat jangan sampai orang muda jadi kurang ajar menolak orang lama secara kasar. 

5 anggota kongsi gelap ditembak mati


Polis Pulau Pinang menyerbu sebuah apartmen di Sungai Nibong di George Town awal hari ini dan menembak mati lima lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Gang 04.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes tembak di Pulau Pinang sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan kejadian 4.45 pagi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengadakan sidang media bagi memberi maklumat lanjut mengenai kes itu hari ini, katanya. 


Jarumemas: Seram dan seriau dengan kes jenayah tembak yang semakin ketara dalam negara. Nyawa dah seperti di hujung tanduk. 

Elak jadi mangsa penipu siber, kata PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan berwaspada terhadap aktiviti penipuan siber terkini.

"Berbaloi untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan penipuan siber terkini. Berwaspadalah, lebih-lebih lagi dengan butiran bank dan kad kredit," katanya menerusi akaun Twitter beliau.

Mesej tweet beliau turut mempunyai pautan kepada artikel Bernamabertajuk 'Look out for cyber cheats'.

Artikel itu menyebut jenayah siber seperti penipuan menggunakan identiti sesebuah bank menerusi e-mel dan SMS boleh dielak sekiranya masyarakat lebih prihatin dengan perkembangan terkini teknologi.

Menurut Penolong Pengurus Besar Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia Joanne Wong, kes sedemikian berlaku apabila penipu menghantar e-mel, SMS atau menelefon mangsa bagi mendapatkan butiran peribadi seperti kredit kad, kata laluan dan kod kebenaran transaksi dengan menyamar sebagai wakil bank.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Selalu dapat emel yang menyatakan teman menang loteri Aisasia dan bermacam lagi...

Nazri dapat simpati lawan politik isu anak


Di sebalik kritikan yang diterima Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana melantik anak sendiri sebagai pembantu, siapa sangka ia mengundang simpati daripada lawan politiknya sendiri.

Antaranya Ketua DAP Selangor Teresa Kok percaya, walaupun beliau sendiri dan banyak ahli politik tidak melantik anggota keluarga, tetapi kadang-kadang mereka tidak banyak pilihan.

"Tetapi apabila kami ada seseorang yang rapat dengan keluarga kami, yang bagus dalam sesuatu bidang dan dapat membantu karier kamu, apa yang salahnya," katanya kepada Malaysiakini.


Jarumemas: Orang-orang tua dulu pernah berkata, jika hendak berbuat sesuatu fikirlah baik buruknya dulu sebelum bertindak. Bak menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berselerak. 

'Rakyat harus insaf merdeka tanpa darah'


Rakyat negara ini harus insaf dengan perjuangan pemimpin terdahulu sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan tanpa sebarang pertumpahan darah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Roslee Daud berkata perjuangan serta pengorbanan pemimpin dahulu tidak dapat dinafikan sehingga Malaysia kini muncul sebagai negara yang maju dan makmur.

"Sempena bulan kemerdekaan negara selama sebulan bermula 16 Ogos, rakyat harus mengisi kemerdekaan negara dengan menanam sikap bekerjasama di semua peringkat bagi membangunkan negara ini dengan lebih maju.

"Saya berharap apabila tiba bulan kemerdekaan negara, kita harus menghayati erti kemerdekaan dengan mengibar Jalur Gemilang di setiap rumah, pejabat, premis perniagaan atau di mana sahaja agar kemerdekaan itu lebih memberi erti," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Bulan Kemerdekaan dan penyerahan Jalur Gemilang Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Dungun.



Jarumemas: AKU ANAK MERDEKA!!!