Malaysia berdepan kekurangan doktor pakar meskipun negara menghasilkan lebih ramai doktor setiap tahun dari institusi tempatan dan luar negara.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masalah itu perlu ditangani segera bagi mengelak kekurangan doktor pakar yang kian meruncing pada masa depan.
Beliau berkata negara memerlukan lebih ramai doktor pakar yang mahir dalam pelbagai bidang selain mengawal peningkatan golongan itu yang tidak memenuhi kriteria.
"Kita masih kekurangan dari segi doktor pakar kerana kita hanya berjaya melatih kira-kira 500 hingga 600 doktor sebagai pakar setiap tahun.
"Jadi, kita akan melihat bagaimana untuk menambah bilangan doktor pakar dan pada masa yang sama, memperbaiki kualiti tahap penjagaan dan peningkatan penduduk," katanya kepada pemberita pada majlis Sepetang Bersama Menteri Kesihatan anjuran Persatuan Perubatan Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Lagi...www.malaysiakini.com
Jarumemas: Dan masih ada pesakit yang merungut terpaksa menunggu lama untuk berjumpa dengan pakar.
No comments:
Post a Comment