Di sebalik kritikan yang diterima Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana melantik anak sendiri sebagai pembantu, siapa sangka ia mengundang simpati daripada lawan politiknya sendiri.
Antaranya Ketua DAP Selangor Teresa Kok percaya, walaupun beliau sendiri dan banyak ahli politik tidak melantik anggota keluarga, tetapi kadang-kadang mereka tidak banyak pilihan.
"Tetapi apabila kami ada seseorang yang rapat dengan keluarga kami, yang bagus dalam sesuatu bidang dan dapat membantu karier kamu, apa yang salahnya," katanya kepada Malaysiakini.
Lagi...www.malaysiakini.com
Jarumemas: Orang-orang tua dulu pernah berkata, jika hendak berbuat sesuatu fikirlah baik buruknya dulu sebelum bertindak. Bak menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berselerak.
No comments:
Post a Comment