Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk mencegah penggunaan kalimah
'Allah' sebagai terjemahan kepada perkataan 'God' atau 'Lord' dari kitab
agama bukan Islam.
Satu kenyataan PAS menyebut, perkara itu
diputuskan dalam satu mesyuarat majlis berkenaan yang dipengerusikan
mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam tadi.
"...Menterjemah
kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada
perkataan 'Allah' tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna
dan salahguna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa
kekeliruan yang nyata.
"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kenyataan itu dipetik.
Lanjut....
Jarumemas: Dah beralih pulak eknayataan Nik Aziz?
Monday, 14 January 2013
Friday, 11 January 2013
Pakar perundangan: Bukan Islam tak terikat titah Sultan dalam isu ‘Allah’, tetapi…
KUALA LUMPUR, 10 Jan — Titah Sultan Selangor mahupun fatwa larangan ke
atas bukan Muslim daripada menggunakan kalimah “Allah” boleh
dikuatkuasakan, kata peguam, sambil menambah bahawa perundangan negeri
1988 itu mungkin mencetuskan satu lagi pertarungan di mahkamah bagi
mereka yang mahu terus mempersoalkan isu tersebut.
Masyarakat Kristian dan Sikh seluruh negara membantah larangan oleh
Sultan Selangor dan amaran oleh penguatkuasa agama negeri tersebut untuk
menguatkuasakan undang-undang ke atas bukan Muslim dengan menegaskan
mereka mempunyai hak dalam perlembagaan untuk menyebut tuhan mereka
sebagai “Allah” seperti yang ditulis dalam kita suci.
Malaysia, negara didominasi penganut Muslim memiliki mahkamah Syariah
yang beroperasi bersama-sama mahkamah sivil telah mewujudkan
percanggahan ekoran pertindihan kuasa, kata beberapa pakar perundangan
kepada The Malaysian Insider semalam.
“Kenyataan DYMM sendiri secara perundangannya tidak boleh
dikuatkuasakan. Ia sepatutnya tidak memberikan sebarang kesan kepada
bukan Muslim,” kata Syahredzan Johan yang merujuk kepada titah Sultan
Sharafuddin Idris Shah Selasa lalu.
Jarumemas: Setuju ia perlu dikuatkuasakan.
Masyarakat Islam Kelantan tidak setuju kalimah Allah digunapakai bukan Islam
KOTA BAHARU, 10 Jan — Rata-rata masyarakat Islam di Kelantan membantah
keras dan tidak bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam,
termasuk dalam Bible versi Melayu.
Mereka mahu kerajaan bertindak tegas dan tidak berkompromi dengan
kalangan yang cuba menyalahgunakan kalimah itu termasuk bagi kepentingan
politik.
Menurut mereka, ini kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan
negara di mana agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan kalimah
itu adalah hak eksklusif umat Islam.
Penyelia Pelajaran Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Kota Baharu Shahran Ahmad berkata kerajaan tidak harus tunduk kepada
tekanan pihak tertentu dalam penggunaan kalimah itu.
“Kerajaan harus melihat dari sudut jangka panjang jika kalimah itu
dipergunakan oleh agama lain, terutama masa depan agama Islam sendiri,”
katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Jarumemas: Syukur!! yang lain bagaimana?
Mat Sabu: Perhimpunan Sabtu kekal di Stadium Merdeka
KUALA LUMPUR, Jan 11 — Perhimpunan besar-besaran Himpunan Kebangkitan
Rakyat akan diteruskan seperti dirancang di Stadium Merdeka esok,
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesahkan, memberitahu bahawa polis secara tidak rasmi meminta agar mereka memindahkan acara itu ke Stadium Bukit Jalil.
Beliau memberitahu The Malaysian Insider malam tadi satu
perjanjian dengan polis telah dicapai dan juga dimeterai, dengan
kedua-dua pihak bersetuju dengan tempat acara dan keadaan keselamatan
tertentu yang dikenakan terhadap penganjur perhimpunan.
“Tiada arahan polis dikeluarkan menyuruh kami berpindah. Saya sudah
bercakap dengan OCPD (ketua polis daerah) Dang Wangi dan ia adalah
perbincangan yang baik, dan semuanya teratur,” tegas beliau apabila
dihubungi melalui telefon.
“Perhimpunan kita akan diadakan di Stadium Merdeka,” kata pemimpin
popular PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu lebih awal semasa berucap di
majlis makan malam pengumpulan dana Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar
di kuil Thean Hou di sini malam tadi.
Jarumemas: Pembangkang tetap mahukan Stadium Merdeka, bairkanlah....
Ahli ekonomi ramal Pakatan menang PRU 13
KUALA LUMPUR, 11 Jan — Pakatan Rakyat (PR) akan menewaskan Barisan
Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) ke 13
menurut perkiraan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad
Tajudin.
Dalam laporan The Straits Times Singapura, perkiraan Azrul mendapati BN hanya mampu menang diantara 97 heingga 107 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan, tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.
Tetapi ini juga bermakna PR hanya menjadi kerajaan dengan majoriti tipis, jauh dari apa yang pernah dinikmati oleh BN satu masa dahulu.
Penemuan ini dianggap paling mungkin dalam pembentangan dilakukan oleh jurubank itu di Regional Outlook Forum, Singapura semalam dengan mengambilkira faktor kaum dan demografi.
Kemudian, Azrul meramalkan kejatuhan akibat dari kemenangan PR, dengan pasaran saham bersedia untuk bertindak balas secara “spontan” serta tempoh lanjutan ketidakstabilan dilihat.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan “sabotaj ekonomi” oleh perniagaan dan perkhidmatan awam yang berkait dengan BN.
Kerajaan BN masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu bagi menjamin kemenangan melawan pembangkang paling tersusun pada PRU yang mesti diadakan selepas akhir April tahun ini.
Lagi....
Jarumemas: Bimbang negara akan menjadi huru hara jika pembangkang menang kerana rakyat marhein tidak akan mendapat menerima jika ini berlaku kerana mereka masih sayangkan kerajaan yang ada. Keadaan ini akan berlaku mungkin disebabkan golongan remaja dan eksekutif mahukan perubahan....mungkin!!!!

Polis sarankan penganjur perhimpunan guna Stadium Nasional Bukit Jalil
KUALA LUMPUR, 10 Jan — Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari
ini menyarankan supaya penganjur perhimpunan menggunakan Stadium
Nasional di Bukit Jalil sebagai tempat berhimpun kerana ia lebih sesuai
dan mampu menampung kapasiti lebih besar.
Katanya stadium itu juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam lengkap termasuk Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) selain memenuhi keperluan dari aspek keselamatan.
Beliau juga meminta mereka menyemak semula hasrat menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat berhimpun kerana perbadanan stadium itu meletakkan syarat utama agar ia tidak disertai lebih daripada 30,000 orang berdasarkan kapasiti stadium.
Sambil mengingatkan penganjur supaya memastikan peserta perhimpunan tidak berhimpun di Dataran Merdeka di sini, Mohmad juga berkata lokasi pertemuan untuk himpunan itu hanya dibenarkan di stadium dan bukannya di lokasi-lokasi yang dijanjikan.
"PDRM memegang jaminan pihak penganjur dalam pertemuan dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini bahawa perhimpunan itu akan dijadikan perhimpunan paling aman dalam sejarah selari dengan semangat Akta Perhimpunan Aman (APA) sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini.
Lagi...
Jarumemas: Tunggu apa komen pembangkang mengenai cadangan pertukaran tempat ini.

MPM: ‘Allah’ hak eksklusif orang Islam, bukan Islam hentikan tuntutan
KUALA LUMPUR, 11 Jan ― Majlis Perundingan Melayu (MPM) mengatakan
kalimah “Allah” adalah hak eksklusif orang Islam, dan meminta bukan
Islam untuk menghentikan tuntutan menggunakan perkataan tersebut, kata
setiausahanya, Dr Hasan Mad.
Menurut Hasan, desakan penggunaan kalimah Allah dimulakan oleh
pemimpin politik yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang keagamaan.
“Desakan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ini bukan
dicetuskan oleh pemimpin Kristian, tapi pemimpin politik yang tidak
pakar dalam agama.
“MPM berpendirian bahawa isu ini wajib dihentikan segera kerana umat
Islam keseluruhannya adalah waras dan mempunyai had toleransi ini, dan
apabila dicabar, mereka akan bangkit menentang at-all-cost,” kata Dr
Hasan dalam sidang media MPM di sini, hari ini.
Jarumemas: Tak rela kalimah ALLAH digunakan oleh kitab Injil kerana bimbang bencana Allah akan turun sekiranya kalimah ini dibenarkan. Lihat saja pada apa yang berlaku pada Indonesia kerana sewewenangnya membenarkan kalimah ini digunakan. Malah, orang agama lain boleh berkahwin dengan orang Islam tanpa perlu memeluk Islam terlebih dulu. Sebagai balasannya. saban hari Allah turunkan bala seperti gempa bumi, rakyatnya memberontak, bom meletup sana sini. Adakah senario ini yang hendak kita tinggalkan untuk zuriat kita nanti?
Subscribe to:
Posts (Atom)