Friday, 11 January 2013

Polis sarankan penganjur perhimpunan guna Stadium Nasional Bukit Jalil

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini menyarankan supaya penganjur perhimpunan menggunakan Stadium Nasional di Bukit Jalil sebagai tempat berhimpun kerana ia lebih sesuai dan mampu menampung kapasiti lebih besar.

Katanya stadium itu juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam lengkap termasuk Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) selain memenuhi keperluan dari aspek keselamatan.

Beliau juga meminta mereka menyemak semula hasrat menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat berhimpun kerana perbadanan stadium itu meletakkan syarat utama agar ia tidak disertai lebih daripada 30,000 orang berdasarkan kapasiti stadium.

Sambil mengingatkan penganjur supaya memastikan peserta perhimpunan tidak berhimpun di Dataran Merdeka di sini, Mohmad juga berkata lokasi pertemuan untuk himpunan itu hanya dibenarkan di stadium dan bukannya di lokasi-lokasi yang dijanjikan.

"PDRM memegang jaminan pihak penganjur dalam pertemuan dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini bahawa perhimpunan itu akan dijadikan perhimpunan paling aman dalam sejarah selari dengan semangat Akta Perhimpunan Aman (APA) sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini.

Lagi...

Jarumemas: Tunggu apa komen pembangkang mengenai cadangan pertukaran tempat ini.

No comments:

Post a Comment