KOTA BAHARU, 10 Jan — Rata-rata masyarakat Islam di Kelantan membantah
keras dan tidak bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam,
termasuk dalam Bible versi Melayu.
Mereka mahu kerajaan bertindak tegas dan tidak berkompromi dengan
kalangan yang cuba menyalahgunakan kalimah itu termasuk bagi kepentingan
politik.
Menurut mereka, ini kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan
negara di mana agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan kalimah
itu adalah hak eksklusif umat Islam.
Penyelia Pelajaran Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Kota Baharu Shahran Ahmad berkata kerajaan tidak harus tunduk kepada
tekanan pihak tertentu dalam penggunaan kalimah itu.
“Kerajaan harus melihat dari sudut jangka panjang jika kalimah itu
dipergunakan oleh agama lain, terutama masa depan agama Islam sendiri,”
katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Jarumemas: Syukur!! yang lain bagaimana?
No comments:
Post a Comment