KUALA LUMPUR, 27 Dis — Ahli-ahli Persatuan Pengusaha Stesen Minyak
Malaysia (PDAM) mengakui mereka tertekan dengan syarat sesetengah
syarikat minyak dengan memaksa mereka meletakkan pekerja di stesen
mereka, atau kontrak mereka dikaji semula atau dibatalkan.
Menurut presidennya Datuk Hashim Othman, ahli persatuan dipaksa oleh
syarikat minyak untuk meletakkan beberapa orang pekerja dan ini
menyukarkan pihaknya memandangkan negara bakal melaksanakan gaji minima
pada tahun hadapan.
“Kadang-kala, secara tidak langsung, syarikat minyak ini menekan
pengusaha untuk letakkan beberapa orang pekerja atau kontrak dibatalkan.
“Kita tahu bahawa ahli-ahli merasa terbeban dengan syarat ini,” kata Hashim pada sidang media PDAM di sini, hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: Buat yang terbaik bagi semua pihak.
Friday, 28 December 2012
1,000 orang berhimpun desak Isa letak jawatan
Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren -
berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke
Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.
Perarakan
yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK)
Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta
ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.
Mereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.
Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak Pengerusi
Felda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.
Berita lanjut....
Jarumemas: Hanya PM yang boleh jawab kemelut ini.
Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak Pengerusi
Berita lanjut....
Jarumemas: Hanya PM yang boleh jawab kemelut ini.
Protes ANAK bertembung dengan kumpulan pro BN
KUALA LUMPUR, 28 Dis ― Protes anjuran Kumpulan Anak-anak Peneroka
Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini bertembung dengan kumpulan pro FELDA
dan Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak di sini.
ANAK yang diketuai oleh Pengerusinya, Mazlan Aliman berarak sejauh 500 meter dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sepatutnya menyerahkan memorandum di ibu pejabat FELDA, namun terhalang apabila kumpulan pro FELDA dengan jumlah sekitar 300 peserta mengadakan sekatan di jalan masuk ke pejabat FELDA tersebut, di samping sekatan daripada 100 anggota polis daripada kedua-dua pihak.
Tindakan itu kemudiannya menyaksikan Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Razman Zakaria selaku wakil daripada kumpulan protes ANAK berunding dengan pihak polis untuk membolehkan mereka menyerahkan memorandum tersebut.
Sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan slogan “Undur Isa Samad”, “Hancur Isa Samad”, dan “Felda Bebas, bebas Felda”.
Berita lanjut....
Jarumemas: Apa yang tak ekna sampai nak suruh Isa Samad berundur?

Ungkapan ‘halal’ yang mengelirukan dilarang mulai 1 Jan
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Mulai 1 Januari depan, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang penggunaan logo halal dan
ungkapan halal seperti perkataan ‘ditanggung halal’ , ‘makanan orang
Islam’, ‘buffet Ramadan’ dan lain-lain lambang Islam yang boleh
mengelirukan dan memperdayakan orang Islam.
Ketua
Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan hari ini
berkata mulai 1 Jan 2013 tindakan akan diambil ke atas pihak yang masih
menggunakan logo dan ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan
Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
“Sebuah pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.
“Pihak selain dari pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Tambah Othman makanan dan barang-barang import yang hendak diperihalkan sebagai halal hendaklah menggunakan logo atau nama badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim di negara pengeluar masing-masing.
Jelas beliau, tempoh peralihan selama setahun Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012 tamat pada 31 Dis 2012.
“Justeru Jakim mengingatkan pihak industri agar lebih bersedia dan peka dengan pensijilan halal Malaysia dari semasa ke semasa.
“Jakim juga berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat sekiranya berlaku penyalahgunaan logo halal,” kata Othman. – Bernama
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Umat Islam perlu mencari yang halalan taiban.

Hentikan tuntutan kesamarataan agama, kata bekas pengerusi Majlis Fatwa
KUALA LUMPUR, 28 Dis – Orang yang bukan beragama Islam harus
menghentikan tuntutan penggunaan nama “Allah” sebagai rujukan kepada
tuhan memandangkan perkataan Arab itu adalah fundamental kepada
kepercayaan Islam, dan eksklusif kepada orang Islam, kata bekas
pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim seperti
dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu.
Ismail berkata dalam perdebatan terbaru mengenai perkataan Arab untuk tuhan yang mencetuskan pertikaman lidah antara PAS dan rakan sekularnya DAP, bakal menjadi topik hangat menjelang pilihan raya akan datang.
“Enough is enough, cukuplah dengan segala dasar yang lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di antara rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.
“Nama Allah, dari sudut falsafah, dari segi takrif dan konsepnya tidak sama dengan 'Tuhan', 'God', 'Lord' dan sebagainya tidak sama dalam penggunaan agama lain,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Berita lanjut...
Jarumemas: ALLAH Maha Pencipta seluruh alam ini.

Wednesday, 26 December 2012
Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin meningkat
KUALA LUMPUR 26, Dis — Dengan memilih slogan ‘Janji Ditepati’ sebagai
agenda utama, keprihatinan Barisan Nasional (BN) akhirnya menyentuh
hati ramai rakyat Malaysia tanpa mengira umur, jantina, agama dan taraf
hidup melalui usaha berterusan demi kebaikan semua.
Dengan mengutamakan kebajikan rakyat, tiada siapa yang ketinggalan termasuk pelajar, wanita, warga emas, usahawan, penjawat awam dan belia di bawah kerajaan BN.
Pada awal 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, yang merasai kesusahan masyarakat nelayan telah menyalurkan bantuan antara RM5,000 dan RM10,000 kepada nelayan di seluruh negara bagi membaiki rumah mereka.
Bantuan itu adalah sebahagian daripada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta, yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, tahun lepas.
Berita lanjut....
Jarumemas: Rakyat perlu menyokong kerajaan Barisan Nasional sebagai tanda terima kasih. Janganlah jadi seperti segelintir rakyat yang tidak tahu bersyukur dengan memberi tuba setelah susu diberikan kerajaan.

BN yakin rampas 20 kerusi pembangkang
Barisan Nasional (BN) mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang dimenangi
pembangkang, sekaligus meraih kemenangan majoriti dua pertiga dalam
pilihan raya umum ke-13.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata beliau yakin BN dapat mempertahankan 140 kerusi Parlimen yang dimenangi sekarang serta merampas lima daripada 23 kerusi PAS, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10 daripada 31 kerusi PKR.
Beliau berkata keyakinan tersebut berdasarkan pelbagai faktor termasuk masalah yang dihadapi pembangkang di beberapa kawasan yang dimenangi mereka sebelum ini.
"Semua perkara ini logik kerana sebagai contoh, tujuh kerusi PKR sudah bermasalah di mana enam daripadanya telah cabut masuk bebas sementara satu lagi kalah di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita selepas Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan (KKRP) yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Melaka.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bakal menjadi faktor utama kemenangan BN.
"Rakyat telah menikmati pelbagai insentif dan keistimewaan yang
diperkenalkan Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia serta program transformasi," katanya.
Selain itu, beliau berkata faktor calon boleh menang yang dimiliki BN akan turut membantu merampas kembali kerusi pembangkang.
Bagaimanapun, katanya kemenangan tersebut hanya akan dicapai sekiranya anggota BN tidak melakukan sabotaj atau 'cah keting' terhadap parti.
- Bernama

Jarumemas: barisan Nasional perlu memenangi majoriti 2/3 supaya akyat terus terbela.
Subscribe to:
Posts (Atom)