Wednesday, 26 December 2012

Ngeh: Kami peroleh tanah K'tan melalui pasaran terbuka

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham menafikan dakwaan bahawa kerajaan Kelantan telah memberi tanah kepadanya sebagai pertukaran sokongan, dengan menegaskan bahawa syarikat itu diperoleh melalui pasaran terbuka.

Tanah tersebut, kata Ngeh dalam satu kenyataan hari ini, telah diperolehi melalui pembelian syarikat yang dianugerahkan 10,526 hektar tanah oleh kerajaan negeri, maka oleh itu, tidak ada unsur rasuah yang terlibat.

Beliau menambah bahawa perjanjian perniagaan itu bukan satu rahsia kerana DAP dan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri, serta kerajaan persekutuan, telah dimaklumkan mengenai pembelian itu.


Jarumemas: Menurut satu maklumat yang teman terima, sudah banyak tanah rakayat Kelantan tergadai pada orang luar. Begitu juga dengan perumahan. Kuota Melayu yang diperuntukkan telah disabotaj apabila orang Melayu nak membeli rumah akan ada pihak yang kata rumah kuota Melayu dah habis terjual. Sedangkan masih ada lagi. Sebenarnya kuota tersebut disonglap untuk dijual kepada okaum lain terutamanya kaum Cina!!!

NGO serah batu nisan pada exco agama P Pinang

Lima puluh anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan batu nisan kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Abdul Malik Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Datuk Patahiyah Ismail dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd Salleh Man.
  
Batu nisan itu yang diserahkan Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin, diterima seorang pegawai di pejabat ketiga-tiga pemimpin berkenaan di Tingkat 9 Menara Umno, Jalan Macalister dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
  
Mohd Rizuad berkata penyerahan batu nisan kepada ketiga-tiga pemimpin itu sebagai simbolik untuk memberi peringatan kepada mereka supaya menyelesaikan segera masalah Tanah Perkuburan Islam Kampung Boundry, Ayer Itam di George Town yang terjejas dipercayai diceroboh syarikat pemaju swasta.
  
"Tujuan kami datang ke sini sebab pejabat agama sampai hari ini tidak pernah datang menelefon mangsa. Ini adalah satu isu paling sensitif yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan hari ini terjadi benda ini di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita semalam.
   

Berita lanjut...

Jarumemas: Pedih dan pedas  dengan tindakan NGO itu.

'Nak import dari India, graduan ISMP menganggur

Satu memorandum akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran bagi meminta kerajaan menangani masalah pengangguran graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) yang tidak ditempatkan sebagai guru di sekolah kebangsaan.

Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya yang merupakan satu sayap baru dalam PKR kini dalam perancangan untuk berjumpa kementerian pelajaran serta pelajar ISMP bagi menyerahkan memorandum tersebut.

"Kita dalam perancangan nak jumpa kementerian pelajaran untuk hantar memorandum dan berjumpa dengan pelajar ISMP dalam masa terdekat.

"Kita akan sampaikan memorandum dan akan tunggu respons daripada kementerian pelajaran kerana kami merasakan wujudnya diskriminasi terhadap pelajar ISPM di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Berita lanjut....

Jarumemas: Letih nak mengupas persoalan ini. Kerajaan perlu lihan pro dan kontra akan cadangan ini.

Lambakan masih tinggi, tidak perlu import guru India

PETALING JAYA, 26 Dis — Rancangan kerajaan untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India bukan jalan penyelesaian terbaik, kata  pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini serta menggesa kerajaan menangani masalah lambakan guru terlebih dahulu.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini, Nik Nazmi  berkata rancangan kerajaan tersebut tidak memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan kita.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak) tidak memberikan alasan kukuh untuk mengimport guru-guru dari India ini.

“Adakah ia akan memberi nilai tambah kepada kualiti dan mutu pendidikan negara,” kata beliau.

Berita lanjut...

Jarumemas: Kerajaan perlu kaji dengan mendalam akan cadangan ini kerana tak semuanya akan mendatangkan kebaikan kepada negara.

Putrajaya kekalkan kamera perangkap kelajuan AES walaupun saman dibekukan

KUALA LUMPUR, 26 Dis — Putrajaya akan meneruskan operasi kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun pembekuan pada pendengaran saman oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Kong memberitahu The Malaysian Insider pihak berkuasa tidak akan berhenti mengeluarkan saman AES walaupun mendapat tentangan hebat daripada orang ramai dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu,” kata Kong merujuk kepada kelulusan perbelanjaan dianggarkan kementerian itu di bawah Bajet 2013 bulan lepas.

Setiausaha agung MCA itu akhirnya menjelaskan isu berkaitan pemberhentian semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman AES oleh AGC untuk mengkaji isu-isu undang-undang yang dibangkitkan, selepas seminggu isu ini berada dalam keadaan tergantung.

Berita lanjut....

Jarumemas: Pembangkang kena berhati-hati memandu di Putrajaya, jangan sampai kena saman AES ya.

Kerajaan Kedah: Kerosakan projek Ladang Hutan di Pedu tidak seteruk dilaporkan Utusan

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Kerajaan negeri Kedah mahu melaksanakan projek perladangan hutan di Tasik Pedu, dan kerosakannya tidak seteruk yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia.

“Pembangunan ladang hutan adalah projek yang dilakukan dikawasan hutan miskin. Kawasan yang dipilih adalah terdiri daripada kawasan hutan simpan yang dikelaskan sebagai kawasan hutan pengeluaran.

“Mana ada rosak teruk (kawasan pembalakan), Utusan ni pembohong, memutarbelit fakta,” kata Muhammad Sanusi Md Noor, setiausaha politik Menteri Besar Kedah ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Muhammad Sanusi lagi, kerajaan negeri masih belum menerima apa-apa surat dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk arahan berhenti projek pembalakan tersebut serta merta seperti dilaporkan oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia semalam.


Jarumemas: Tengok pada gambar yang dipaparkan dikatanya tak teruk. Adakah bila kawasan tu dah botak licin, berlakunya tanah runtuh, Air Tasik Pedu dah jadi kuning baru dikatakan teruk?

Kerajaan tidak pernah pinggirkan masyarakat Kristian, kata Najib

KUALA LUMPUR, 25 – Kerajaan tidak pernah melupakan masyarakat Kristian di Malaysia kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sambil menekankan penganut agama tersebut juga berperanan dalam pembangunan dan kemajuan negara sejak merdeka lagi.

Najib berkata kerajaan sentiasa menghargai peranan masyarakat Kristian, malahan keputusan penarikan sekatan ke atas jemaah Kristian ke Jerusalem baru-baru ini adalah antara komitmen kerajaan terhadap penganut agama tersebut.

“Walaupun usaha yang dilakukan oleh kerajaan masih tidak mencukupi kepada masyarakat Kristian Malaysia, tapi kerajaan tidak pernah melupakan peranan mereka.

“Pelbagai usaha dilakukan sebagai penghargaan kepada penganut Kristian di Malaysia, keputusan penarikan lawatan ke Jerusalem baru-baru ini juga adalah salah satu komitmen kerajaan kepada penganut Kristian,” kata Najib pada majlis jamuan petang sempena Hari Natal di Pusat Luther, Petaling Jaya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Sebagai masyarakat majmuk, sikap bertola ansur adalah intipati kepada perpaduan negara. Adalah tidak wajar satu-satu kaum terlalu meminta-minta sehingga menyebabkan kaum yang lain terasa disisihkan.