Thursday, 13 December 2012

Masih ada yang lahir sebelum merdeka tetapi belum dapat kewarganegaraan

PUTRAJAYA, 12 Dis — Walaupun lahir sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957 tetapi masih ada rakyat Malaysia yang masih tidak diberikan kerakyatan sebaliknya masih memegang kad pengenalan merah (MyPR), hasil tinjauan The Malaysian Insider pada perhimpunan duduk bantah di Putrajaya hari ini.

Kira-kira 300 orang peserta datang dari seluruh negara untuk berhimpun di perkarangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menuntut hak kerakyatan dan kad pengenalan biru.

Sarasivathi a/p SNS Durai, 69, datang dari Port Dickson ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai rakyat Malaysia dengan harapan permohonan kali ini akan diluluskan.

“Saya lahir sebelum Malaysia ini merdeka tapi saya masih pegang kad pengenalan merah,” kata Sarasivathi yang lahir pada tahun 1943 itu.

Berita lanjut....

Jarumemas: Persoalannya kenapa baru sekarang nak memohon pengenalan diri, sedangkan perkara ini telah lama dilakukan. Port Dickson itu bukan terletak di pedalaman. Pembangkang jangan cuba nak menangguk di air keruh.

Kohilan: BN akan tawan semula Selangor, Pulau Pinang dan Kedah

NIBONG TEBAL, 12 Dis — Barisan Nasional (BN) yakin untuk memenangi semula Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dari Pakatan Rakyat (PR)  dalam pilihan raya akan datang kerana prestasi kerajaan negeri tersebut tidak memberangsangkan, kata Naib Presiden Gerakan, A. Kohilan Pillay.

Timbalan menteri luar itu bekata, sokongan rakyat terhadap BN sudah meningkat, yang menurut beliau akan diterjemahkan dalam bentuk undi menyokong gabungan parti pemerintah itu.

“Prestasi PR mengecewakan orang ramai di tiga negeri tersebut, jadi BN mempunyai harapan cerah untuk memenangi semula negeri-negeri tersebut,” katanya lagi.

Kohilan, yang juga pengerusi Gerakan peringkat negeri Selangor berkata parti tersebut juga yakin untuk menakluk semula empat kerusi dewan undangan negeri (Dun) dan satu parlimen di Selangor.

Empat kerusi Dun tersebut iadalah Bukit Gasing, Bukit Lanjan, Teratai dan Kota Alam Shah, sementara kerusi Parlimen adalah di Puchong.

Beliau berkata sepanjang beberapa tahun ini, PR gagal menangani beberapa isu seperti masalah penduduk setinggan di Selangor dan Pulau Pinang.

“Sepanjang empat tahun, tidak banyak rancangan untuk membina rumah kos rendah dan tidak banyak program untuk menyelesaikan masalah penduduk setinggan mendapatkan rumah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Berita  lanjut....

Jarumemas: Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang perlu sedar akan kesilapan yang telah mereka buat pada PRU 2008 lalu. Kalau kata nak buat uji kaji, dah pun dibuat dan jawapannya semua tahu bahawa pembangkang tidak mampu untuk membawa sebarang kebaikan kepada  mereka sebaliknya kita tidak lagi sehaluan walaupun sesama bangsa dan agama.

Robert Phang enggan pohon maaf pada Musa, bersedia ke mahkamah

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Tan Sri Robert Phang  enggan memohon maaf kepada bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang meminta beliau untuk melakukannya dalam masa tiga hari, dan bersedia untuk ke mahkamah.

Bekas ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, beliau menafikan tuduhan Musa pernah ‘mengarahkan’ seorang pegawai tinggi polis dipindahkan dalam masa 24 jam, menjadi penasihat kepada seorang lagi bekas KPN, Tun Hanif Omar disamping menawarkan diri untuk menjadi penasihat Musa.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang saya pernah menawarkan diri untuk menjadi penasihat KPN.

“Saya rasa tidak perlu untuk jadi penasihat untuk membantu polis,” kata Phang dalam sidang medianya hari ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Pada pandangan teman perlukah seorang pegawai kanan kerajaan yang telah bersara menyuarakan perkara-perkara yang menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak betul? Kalau semasa berkhidmat kita tidak bersetuju dengan apa yang dibuat oleh kerajaan, kita boleh menyuarakan dengan cara berhemah, asalkan niat hati adalah ingin membetulkan keadaan.

Ratusan pemegang kad pengenalan merah berhimpun di Putrajaya, JPN tutup pintu

PUTRAJAYA, 12 Dis — Sekumpulan hampir 300 orang peserta “Himpunan Duduk Bantah” yang menuntut kad pengenalan biru dan hak kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia berhimpun di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Putrajaya pagi ini.

Kumpulan tersebut datang dengan lebih 10 buah persiaran daripada seluruh negara mula berkumpul di lapangan tempat letak kereta berhampiran seawal jam 9 pagi sebelum bergerak ke JPN pada pukul 11 pagi.

Sebelum bermula perarakan ke JPN, beberapa pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan penganjur himpunan memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya adalah masyarakat kaum India yang memegang kad pengenalan merah.

Penganjur perhimpunan Naib Presiden PKR N Surendran dalam ucapannya sebelum berarak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menipu semasa ucapannya pada perhimpunan agung MIC lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung minggu lalu yang mengatakan hanya 9 ribu orang sahaja yang memohon kerakyatan kepada JPN.

“Najib kata 9,000, beliau menipu!

“Sebenarnya ia lebih daripada angka itu, ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat kerakyatan sebagai warganegara,” kata Surendran.

Berita lanjut....

Jarumemas: Buktikan kalau benar sampai mencecah 300 ribu ramainya kaum India tanpa  pengenalan diri.

AELB: Tiada pelan pelupusan tetapi Lynas masih mempunyai masa

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Lynas Corp mash belum mengemukakan pelan untuk kemudahan pelupusan kekal (PDF) sisa yang mungkin ia akan hasilkan dari penapisan nadir bumi kontroversi di Kuantan, kata Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Seorang jurucakap AELB memberitahu The Malaysian Insider penyerahan pelan PDF adalah mengikat di sisi undang-undang Lesen Operasi Sementara (TOL) yang dikeluarkan kepada Lynas, tetapi menambah syarat itu masih belum dilanggar.

Jurucakap yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan bahawa kegagalan untuk mengemukakan pelan PDF dalam tempoh 10 bulan TOL dikeluarkan boleh membawa kepada pengantunggan atau pembatalan lesen pelombong Australia itu.

“Jika mereka tidak mengemukakan kepada AELB, kami akan menggunakan kuasa dan autoriti yang kita ada, “katanya, menunjuk kepada Seksyen 22 Akta Pelesenan Tenaga Atom1984 (Akta 304).

Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet berkata Lynas belum mengenal pasti tapak PDF dan mengemukakan rancangan untuk merawat sisa, walaupun syarat AELB tempoh 10 bulan dari tarikh terbitan TOL.

Berita lanjut....

Jarumemas: Nampaknya isu ini masih hangat lagi. Pembangkang sudah tentu memerhatikan perkara ini dan akan dijadikan modal dalam pilihan raya nanti.


Wednesday, 12 December 2012

Pemuda PAS tidak puas hati penjelasan SPR, tiada bukti pegawai ‘memihak’

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Pemuda PAS melahirkan rasa tidak puas hati di atas kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan bertegas badan tersebut perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Namun, ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu, apabila disoal oleh The Malaysian Insider, gagal memberikan bukti untuk menyokong dakwaan pegawai itu terlibat dalam salahguna kuasa memihak.

“Kami belum ada bukti pegawai SPR itu memihak kepada Umno, tetapi secara prinsipnya ia adalah tidak telus.

“Bagaimana SPR mahu memastikan satu pilihan raya itu adil kalau ada orang politik dalam organisasi mereka?” soal beliau.

Berita lanjut....

Jarumemas: Sememangnya SPR adalah badan yang tidak dipengaruhi politik. Cuma tugas yang dijalankan  melibatkan prosedur dan dasar-dasar politik.

Tuesday, 11 December 2012

Mat Zain: Kemarahan Musa hanya satu 'sandiwara'

Bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim berkata, kemarahan yang disuarakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan ke atas perdana menteri dan menteri dalam negeri baru-baru ini "hanyalah satu lagi sandiwara".

Mat Zain berkata, beliau pada mulanya berpendapat bahawa Musa sudah bertaubat dan mahu membawa pasukan itu kembali ke zaman kegemilangannnya.

Berita lanjut...

Jarumemas: "hanyalah satu lagi sandiwara"?????