Friday, 23 November 2012

Hadi mungkin disokong syaitan, kata Dr Mahathir

Bagaimana rakyat boleh tahu bahawa pembangkang tidak disokong oleh syaitan, tanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) boleh tahu yang BN disokong oleh syaitan. Dan, Mahathir seterusnya membayangkan yang pemimpin parti Islam itu sendiri mungkin disokong oleh syaitan.

NONE











"Beliau (Hadi) dan pembangkang mungkin disokong oleh syaitan sendiri. Beliau sendiri bersama dengan syaitan. Itulah syaitan yang saya tahu.

"Dia sendiri bersama dengan syaitan itu," ulang Mahathir lagi.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komen Hadi, semasa muktamar PAS baru-baru ini di Kota Bharu, bahawa parti yang disokong oleh syaitan tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Berita lanjut....

Jarumemas: Syaitan ada di mana-mana yang bersiap siaga untuk menyesatkan kita, Nauzubillahi minzalik...

Saman 27j tapi nahas j'raya meningkat - Mahfuz

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop hari ini berkata polis mengeluarkan sebanyak 27,414,823 saman kepada individu yang dirakam melanggar had laju sejak 1996.

Data berkenaan kemudiannya menjadi modal perbahasan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang berkata jumlah tersebut menunjukkan kegagalan penggunaan kamera untuk mengelak kemalangan.

Katanya, jumlah kemalangan terus meningkat walaupun polis mengeluarkan jumlah saman tersebut sejak 1996.

Atas alasan tersebut, beliau mempersoalkan mengapa pasukan polis perlu menggunakan kamera berkenaan.

Mahfuz merupakan pemimpin pembangkang yang mengetuai gerakan menentang saman ekor dan juga pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), termasuk penggunaan kamera di kawasan yang banyak berlaku kemalangan.

Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) turut membangkitkan sama ada pengguna jalan raya akan dikenakan saman berganda daripada penguatkuasaan AES dan juga daripada kamera polis.

Berita lanjut....

Jarumemas: Dah kena batang hidung sendiri nanti baru tau!!!

Bijih nadir bumi tiba di Kuantan, dikawal ketat polis

Lebih 100 kontena yang mengandungi bijih nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan hampir tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Pengerusi Gabungan Stop Lynas, Andansura Rabu, yang berada di pelabuhan, memberitahu Malaysiakini bahawa sebilangan besar anggota polis dan kakitangan Lynas berada di dok malam tadi.

azlanMenurutnya, kira-kira 102 kontainer tiba di Pelabuhan Kuantan pada kira-kira jam 11 malam, yang beliau syaki mengandungi bahan mentah untuk loji nadir bumi Lynas di Gebeng.

Sementara itu, Lynas telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas hari ini mengesahkan berita tersebut.

"Lynas Corporation ingin mengumumkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan," umum Lynas dalam lamanweb rasminya hari ini.


Berita lanjut...

Jarumemas: Hantar emas ke Ar-Rahnu????

MB: Perbezaan politik tidak sepatutnya pecahbelah rakyat

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata perbezaan fahaman politik di kalangan wakil rakyat tidak sepatutnya menjadi sebab untuk memecahbelahkan rakyat.
  
Beliau berkata apabila seseorang itu menjadi wakil rakyat tugasnya ialah untuk menjaga rakyat dan bukannya untuk rakyat bergaduh.

"Janganlah timbul masalah. Biarlah politik dengan politik, parti dengan parti tetapi hubungan kemasyarakatan tetap baik. Ini harapan saya. Bagi saya, saya boleh duduk dengan sesiapa," katanya.
  
Beliau berkata demikian di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah ketika merasmikan Mesyuarat Belanjawan Negeri 2012.
  
Azizan berkata beliau merasa sedikit dukacita apabila berlaku sedikit salah faham ketika sesi pagi tadi menyebabkan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan seorang exco.

Berita lanjut...

Jarumemas: Siapa yang mulakan dulu perbalahan ini, bukan Pas ke dan pakatan pembangkang.

Mat Rempit ganggu nyalaan lilin anti-Lynas

Himpunan nyalaan lilin membantah Lynas Corporation di pelabuhan Kuantan malam tadi menarik kira-kira 400 penyokong dan sekumpulan penunggang motosikal yang datang membuat bising di situ.

NONEPenunggang motosikal tersebut, kebanyakannya belia, menjerit ke arah peserta himpunan tersebut sejurus selepas mereka berhimpun pada kira-kira jam 9.30 malam.

Menurut wakil Himpunan Hijau, Clement Chin, terdapat kira-kira 30 anggota polis yang berada di tengah-tengah, di antara kedua-dua kumpulan tersebut, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan.


Berita lanjut: 

Jarumemas: Polis cuma kawal tak boleh ambil tindakan, nanti kata polis main kasar..........

Wednesday, 21 November 2012

Azmin dakwa Noh 'ghairah' nak jadi MB S'gor

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali hari ini menasihatkan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya tidak "ghairah" memutarbelit fakta semata-mata kerana mahu menjadi menteri besar Selangor.

Katanya, dakwaan Noh mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ingin menjual aset dan saham kepada bukan bumiputera, merupakan satu dakwaan untuk memancing undi orang Melayu menjelang pilihan raya umum.

NONE"Dalam keghairahan Noh Omar  nak jadi menteri besar, jangan putar belit fakta dengan membuat dakwaan seperti ini.

"Berhubung dakwaan Noh Omar dan hulubalang Umno terhadap PKNS yang saya kira melampau, saya berani katakan ini serangan untuk memancing undi orang Melayu menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Apa salahnya kalau BN memang pada PRU13 nanti???

'Parti Pakatan ibarat kahwin sejenis' - Puad Zarkashi

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi mengumpamakan Pakatan Rakyat seperti perkahwinan sejenis kerana tiada pembahagian peranan yang jelas di antara parti komponen, dakwanya.
Beliau mendakwa, perkara ini amat jelas kerana Pakatan Rakyat tidak mencapai kesepakatan dalam perkara penting.

"Dalam PAS siapa ketua? Mursyidul Am atau presiden? Dalam PKR - (ketuanya) presiden (Datuk Seri) Wan Azizah (Wan Ismail) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)?

"Sama dalam DAP - Karpal (Singh), Setiausaha Agung Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang? Ini pun tidak jelas.

"Dalam parti-parti Pakatan Rakyat ibarat perkahwinan sejenis - kita tidak tahu siapa ibu siapa bapa. Ia tidak jelas," katanya.

Isu perkahwinan dan hubungan sejenis sebelum ini pernah ditimbulkan Puad apabila beliau menggesa isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dibincang secara terbuka di sekolah.

Beliau dilaporkan menggesa agar LGBT ditangani sebagai cabaran yang boleh mengancam budaya murni rakyat dan mencetuskan suasana tidak sihat dalam rakyat.
 

Jarumemas: Sudah dicanaikan begitu tapi tak ada yang sedar!!!