Tuesday, 20 November 2012

Kerajaan pusat ada kuasa batal projek kondo Batu Caves, kata exco

SHAH ALAM, 20 Nov — Kerajaan Pusat memiliki kuasa penuh untuk membatalkan pembangunan projek kondominium 29 tingkat di kawasan keagamaan Kompleks Batu Caves, kata Ronnie Liu.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian, dan Penyelidikan itu ketika sesi sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sengaja mengelirukan orang ramai apabila menjanjikan untuk membatalkan projek tersebut jika berjaya menawan Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke 13, sedangkan mereka mempunyai kuasa penuh dan kaedah membatalkan projek tersebut.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan menteri mempunyai kuasa penuh menarik balik lesen pemaju ... membatalkan permit penjualan dan pengiklanan.

“Jadi mereka cuba mengelirukan orang ramai. Kalau mereka jujur dan ikhlas nak batalkan projek itu, mereka ada caranya,” kata Ronnie menjawab soalan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Najib dalam usaha menarik kembali sokongan masyarakat India kepada BN telah membuat pengumuman bahawa kerajaan pimpinannya akan membatalkan projek pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran pusat keagamaan masyarakat Hindu di Batu Caves jika kembali memerintah Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Berita lanjut....

Jarumemas: Inilah perangai pembangkang, dia akan spin balik apa yang kerajaan katakan.

Dr M mahu suruhanjaya siasatan 9/11

Salah satu resolusi yang diluluskan di persidangan antarabangsa untuk mendedahkan kebenaran serangan 9/11 adalah untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan antarabangsa untuk menyiasat kemungkinan ada yang tersembunyi di sebalik kemusnahan Menara Berkembar New York.

sept 11 911 attack world trade centre new york  110906Panel penceramah di persidangan sehari itu semalam mencadangkan penubuhan suruhanjaya tersebut untuk cuba "mendedahkan kebenaran" di sebalik serangan yang turut mensasarkan Pentagon, dan yang telah dipersalahkan kepada pemimpin Al-Qaeda sebelum ini, Osama Bin Laden.

Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana, Tun Dr Mahathir
Mohamad - penganjur persidangan tersebut - berkata ahli panel antarabangsa akan meneroka lebih lanjut cadangan lagi.

"Ini adalah salah satu daripada idea-idea. Selepas ini, panel akan bermesyuarat dan memutuskan sama ada untuk menubuhkan suruhanjaya itu seperti yang dicadangkan," kata Dr Mahathir petang semalam.

Berita lanjut....

Jarumemas: 911 seperti dirancang oleh mereka yang mahu menghapuskan Islam di muka bumi ini, tapi ingatlah Allah tidak akan mengizinkan Islam hilang di muka bumi ini.

RM45b hutang lapuk: PTPTN tetap guna 'cara baik'

Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Agos Cholan berkata badan itu tetap mengambil tindakan dengan cara "baik" walau hanya mencapai separuh daripada kadar kutipan semula pinjaman.

NONE"Kita ada cara baik dan cara keras. Setakat ini, kita bertindak agak baik dan sederhana. Kami iklankan di akhbar, papan iklan dan mengadakan kempen kesedaran untuk memberitahu orang ramai supaya "bayar balik lah", dan seterusnya.

"Kami beritahu mereka 'cuma bayar apa sahaja yang anda (mampu). Perkara seterusnya yang kami lakukan ialah menghantar surat tuntutan," katanya.

Namun, memandangkan sejumlah besar daripada data peminjam PTPTN masih belum dikemaskini, kemungkinan bagi surat tuntutan berkenaan sampai ke tangan penerima masih rendah.

Berdepan dengan kemungkinan ini, Agos yang merupakan bekas pegawai bank berkata PTPTN masih enggan mencontohi tindakan bank dengan menggunakan agensi bagi mengutip semula hutang tersebut.

Berita lanjut....

Jarumemas: PTPTN dah jadi macam peminta sedekah menadih hutang peminjam.

NGO pro-Pakatan berdemo bantah AES

Sekumpulan aktivis NGO pro Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan dekat bangunan parlimen hari ini bagi membantah pelaksanaan saman trafik melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang didakwa hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu.

Perhimpunan selama kira-kira 20 minit itu diketuai koordinator Gabungan Aktivis Bantah AES (BANTAH) Saifullah Zulkifli yang menjelaskan, NGO tersebut menolak sistem yang "mengayakan kroni".

"Kita tak bantah usaha mengurangkan kemalangan. Apa yang kita marah kenapa syarikat kroni yang dapat?," kata aktivis Angkatan Muda PKR itu lagi ketika berucap dalam perhimpunan tersebut.
Beliau turut mempersoalkan jumlah saman yang terlalu banyak dikeluarkan oleh sistem itu sejak ia diperkenalkan.

"Dalam tempoh 14 hari disaman, lebih 64,000 saman dikeluarkan," katanya.

Isu berhubung kontrak AES itu menjadi pertikaian utama pemimpin Pakatan, yang mempersoalkan kaitan syarikat melaksana sistem tersebut – Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno.

Syarikat berkenaan bagaimanapun menafikan bahawa ia mempunyai hubungan dalam perniagaan yang berkaitan Umno sepertimana didakwa.

Berita lanjut....

Jarumemas: Kenapa nak berhimpun membantah. Ikut sajalah had kelajuan yang telah ditetapkan. Jangan ikut pembangkang yang sering menongkah arus. Nanti rakyat yang jadi seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya....

S'gor umum RM300j untuk jambatan dijanjikan BN

Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk memulakan satu projek jambatan baru di bandar Klang yang dijanjikan BN semasa kempen pilihan raya Mac 2008.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mengumumkan peruntukan itu berkata, kerajaan negeri akan mendahulukan wang tersebut bagi "mengotakan janji yang tidak ditepati" BN berhubung projek tersebut.

NONE"Saya difahamkan upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh kerajaan terdahulu beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-12. Malangnya, setelah lebih empat tahun, jangankan jambatan, sebatang rangka tiang pun masih tidak kelihatan.

"Oleh itu, pada tahun 2013 nanti, meskipun kita maklum bahawa pembinaan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri akan mendahulukan wang untuk pembinaannya bagi mengotakan janji yang tidak ditepati Umno-BN," katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Penuhilah janji2 dalam manifesto PRU 12 dulu.

Jakim buka pusat rawat pesakit HIV/AIDS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membuka pusat perlindungan untuk pesakit HIV/AIDS di sini pada 2014, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata pusat perlindungan itu yang diberi nama 'Ilaj home' adalah untuk memberi rawatan khusus bagi pesakit yang dijangkiti HIV/Aids menggunakan kaedah dan pendekatan rawatan berasaskan Islam.

"Apa yang membezakan pusat Ilaj home dengan pusat rawatan HIV/Aids lain ialah ia menggunakan kaedah dan pendekatan rawatan Islam yang mengintegrasikan rawatan jasmani, rohani dan emosi pesakit dan boleh menempatkan 200 pesakit pada satu masa," katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/Aids 2012 di ibunegara semalam.

Berita lanjut...

Jarumemas: Alhamdulillah dan sewajarnya mereka yang yang terbabit menyambut baik rawatan ini.

Monday, 19 November 2012

Muktamar bersemangat, menyerlah kehebatan Abdul Hadi — Mohd Sayuti Omar

18 Nov — Muktamar tahunan Pas kali ke 58 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah (Putik) di Kelantan selama tiga hari telah pun melabuhkan tirai lewat petang ini dengan sempurna seadanya. Selama empat hari tiga malam ahli, penyokong Pas dan pemerhati berkampung di Kota Bharu Kelantan. Muktamar bermula dengan sidang oleh ketiga-tiga dewan yang merupakan sayap kepada Pas, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pada 14 Novermber hingga 15 Novermber.

Muktamar penuh bermula pada 16 November dengan dihadiri oleh hampir 2,000 perwakilan dan 4,000 para pemerhati dari seluruh negara. Turut sama hadir dimajlis perasmian ialah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan ismail, Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Geok dan lain-lain jemputan kenamaan.

Menambahkan kemerihan dan “kesumringahan” muktamar itu juga ialah himpunan rakyat yang diadakan pada sebelah malam 16 November bertempat di stadium Sultan Mohamad Ke IV. Kehadiran lebih 40,000 dengan menampilkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim memberi pentanda sihat yang Pas dan Pakatan Rakyat kian mendapat sambutan.

Berita lanjut...

Jarumemas: Tetap mengagumi Rasulullah yang amat menyayagi umatnya....