Monday, 4 June 2012

Giliran bekas KSU Tanah dan Koperasi pula sertai PAS

KUALA LUMPUR, 2 Jun — PAS telah menerima seorang lagi ahli baru daripada kalangan veteran bekas kakitangan tertinggi pegawai kerajaan semalam dengan penyertaan bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof. Penyerahan borang keahlian parti Nik Zain itu dibuat dihadapan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman, akhbar Harakah Daily melaporkan. PAS dilihat mula merekrut golongan professional bekas pegawai kerajaan untuk menyertai parti tersebut bagi membolehkan mereka menerima sokongan pengundi Melayu dengan pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Mengapa digigit tangan orang yang beri kita makan?

BN masih lemah kerana Pak Lah, kata Dr M kepada Umno Johor

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih lemah kerana zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menyeri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Ketua Umno Bahagian Johor dua hari lalu. The Malaysian Insider difahamkan Dr Mahathir bertemu dengan kakitangan awam Johor dan Ketua Umno Bahagian Johor yang mana beliau turut memberikan penerangan berhubung keadaan politik dan kesediaan BN untuk pilihan raya akan datang. Johor merupakan ibu negeri Umno yang telah diisytihar haram pada 1988 apabila Dr Mahathir pada masa itu merupakan presiden dan pengaruhnya kekal sehingga ke hari ini. "Dr Mahathir berkata kepada ketua Umno mereka perlu bekerja keras kerana kerajaan masih lemah sebab zaman Pak Lah menjadi perdana menteri," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Susah nak bangun kalau dah terduduk.

Friday, 1 June 2012

Make your family pay back NFC loan, Saifuddin tells Shahrizat

KUALA LUMPUR June 1 — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil must now “persuade” her family to pay back the government loan used for the National Feedlot Centre NFC project Datuk Saifuddin Nasution said today. The Malaysian Anti-Corruption Commission MACC cleared the former minister in the NFC scandal yesterday saying she had not been directly involved in the process of awarding the loan to the National Feedlot Corporation NFCorp. Wanita Umno immediately demanded an open apology from PKR leaders Saifuddin Zuraida Kamaruddin and Rafizi Ramli to their wing chief Shahrizat following the MACC’s announcement saying the apologies would help restore Shahrizat’s dignity and good reputation. But Saifuddin said today he saw no reason to apologise stressing that what mattered right now was ensuring that the NFC loan was paid back in full to the government “There is no need for me to apologise. The issue here is the RM250 million loan belonging to the government “I urge Shahrizat to persuade her family to pay back the money owed to the government they can let go of the land restaurants owned by them to start paying back ” Saifuddin told The Malaysian Insider. Source: Malaysian Insider Jarumemas: Hmmmm....

Azmin patut buat kenduri kesyukuran SPRM buka balik fail siasatan kesnya....

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mungkin buat-buat bodoh ketika mempersoalkan keputusan Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan agensi itu buka balik fail kes dakwaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memiliki wang ringgit dan harta yang diluar kemampuannya. Sebagai pemegang jawatan yang bertanggongjawab merangka segala bentuk strategi agar partinya menang dan terus menang...reaksinya itu bukanlah luarbiasa.Beliau tentu tahu akibatnya jika orang nombor dua parti itu sangkut dalam kes ini. Sebab itu Rafizi dengan lancang mendakwa keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM. Beliau dan bos-bos PKR lain mungkin boleh temberang orang kampong semasa ceramah-ceramah politik nanti kononnya kes ini dibuka semula kerana pilihanraya sudah hampir. Besar kemungkinan mereka tidak akan terangkan apa itu Penal Penilian Operasi SPRM,siapa ahli penal itu dan bidang tugasnya. Jika kita membuka laman web SPRM dibawah maklumat korprat dan bab Lembaga Penasihat/Jawatankuasa Penal segalanya tertera dengan jelas. Dari situ kita akan mendapat maklumat bahawa penal ini dianggotai oleh lapan orang yang bukan pegawai SPRM sepenuh masa tetapi terdiri dari personaliti ' orang luar' yang ada kredibiliti dalam masyarakat. Sumber: Agendadaily Jarumemas: Terkedu dengar kekayaan Azmin.

Scorpenes: Too much for Najib to remain silent & too obvious for MACC to ignore

A bombshell was dropped at the Suaram's press conference in Bangkok on the Scorpene case which is on trial in Paris, France. French lawyer Joseph Breham, who is acting on behalf of human rights NGO Suaram, revealed that the company paid 36 million euro (RM142 million) to Terasasi (Hong Kong) Ltd, ostensibly for "commercial engineering" works. However, the company was paid for selling top secret military intelligence on the Scorpene submarines to the French company. Breham, who based his expose on the French prosecution papers, said the act of "selling" top secret papers to a foreign country such as this is considered treason. Source: Malaysian Chronicle Jarumemas: Just listen, wait and see the outcome.

Najib: Janji Pakatan tidak realistik

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengutuk cadangan ekonomi Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji populis yang direka untuk mendapat kuasa. Najib berkata bahawa cadangan PR untuk memansuhkan skim pinjaman pelajar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM45 bilion dan polisi untuk menetapkan gaji minima pada kadar RM4,000 adalah tidak realistik. “Tidak perlu ahli ekonomi untuk melihat bahawa janji-janji ini adalah tidak realistik (far-fetched),” beliau berkata dalam satu sesi soal jawab di persidangan Invest Malaysia hari ini. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Pakatan Rakyat memang pandai janji langit dan bulan.

Wednesday, 30 May 2012

Dadah bernilai RM325,500 dirampas, seorang warga Iran ditahan

KUALA LUMPUR 30 Mei - Polis merampas dadah disyaki syabu dengan anggaran nilai pasaran RM325,500 berikutan penahanan seorang lelaki warga Iran di pusat bandar Puchong, Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abdul Razak Elias berkata, polis yang melakukan intipan selama empat jam di kawasan itu menahan lelaki berumur 40 tahun itu di dalam sebuah kereta. "Hasil pemeriksaan di dalam kereta yang dipandu lelaki itu, polis menemui satu beg kertas berwarna coklat di tempat duduk penumpang bahagian belakang yang mengandungi dua bungkusan berisi bahan kristal disyaki dadah syabu seberat 2,011 gram," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA Sumber: Utusan Online Jarumemas: makin banyak tangkapan dibuat semakin menjadi2 pulak penyeludupan. Di mana silapnya?