Monday, 4 June 2012
Giliran bekas KSU Tanah dan Koperasi pula sertai PAS
KUALA LUMPUR, 2 Jun — PAS telah menerima seorang lagi ahli baru daripada kalangan veteran bekas kakitangan tertinggi pegawai kerajaan semalam dengan penyertaan bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof.
Penyerahan borang keahlian parti Nik Zain itu dibuat dihadapan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman, akhbar Harakah Daily melaporkan.
PAS dilihat mula merekrut golongan professional bekas pegawai kerajaan untuk menyertai parti tersebut bagi membolehkan mereka menerima sokongan pengundi Melayu dengan pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Mengapa digigit tangan orang yang beri kita makan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment