Friday, 1 June 2012
Najib: Janji Pakatan tidak realistik
KUALA LUMPUR, 29 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengutuk cadangan ekonomi Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji populis yang direka untuk mendapat kuasa.
Najib berkata bahawa cadangan PR untuk memansuhkan skim pinjaman pelajar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM45 bilion dan polisi untuk menetapkan gaji minima pada kadar RM4,000 adalah tidak realistik.
“Tidak perlu ahli ekonomi untuk melihat bahawa janji-janji ini adalah tidak realistik (far-fetched),” beliau berkata dalam satu sesi soal jawab di persidangan Invest Malaysia hari ini.
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Pakatan Rakyat memang pandai janji langit dan bulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment