Tuesday, 21 January 2014

Sekali lagi, Najib pertahan kenyataan ‘kangkung’

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyelar kritikan yang mengejeknya berhubung kenyataan “kangkung” dengan menegaskan bahawa ia adalah makanan kegemarannya.
Najib berkata, beliau menggunakan kangkung sebagai cara menggambarkan konsep penawaran dan permintaan.
"Saya suka kangkung dengan sotong. Saya bagi contoh supply and demand. Sawi ke, ikan kembung ke. Kita perlu lihat rasionalnya," katanya.
Dalam ucapannya di perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan hari ini, beliau berkata, program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan Putrajaya adalah perlu bagi memungkinkan Malaysia mencapai status negara maju melalui pengurangan beban ditanggung kerajaan untuk perbelanjaan subsidi.
Perdana menteri berkata, tanpa sebarang penstrukturan semula ekonomi, Malaysia mungkin akan terperangkap dalam lingkungan ekonomi mendatar atau dikenali sebagai perangkap ekonomi kelas pertengahan.

Jarumemas: Teman pun suka sotong kangkung, PM.

No comments:

Post a Comment