Tuesday, 21 January 2014

Jangan kembalikan luka penjajah dengan alasan kebebasan agama

Gerakan Kristian yang mencabar peruntukan undang-undang dan isu sensitif boleh mengembalikan luka lama dari zaman penjajah, kata kolumnis akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.
Katanya, ketegasan segelintir penganut Kristian berhubung kebebasan agama boleh menjejaskan kesejahteraan negara yang sudah lama diperjuangkan selepas zaman penjajah.
"Zaman penjajahan yang terjadi lebih 400 tahun lalu tidak dapat mengelakkan penjajah bercita-cita mengembangkan pengaruh Kristian di kalangan anak jajahan mereka," tulis penulis kolum Dari jendela Tok Ki, hari ini.
"Bila ungkitan dibuat terhadap hal-hal yang sensitif ibarat mengguris kembali luka-luka lama dan ia adalah bahaya bagi kesejahteraan negara Malaysia.
"Pihak bukan Islam tidak harus berdegil memperjuangkan perkara sensitif kerana peruntukan dalam perundangan mempunyai maksud dan hikmah terbaik memelihara keharmonian yang sekian lama terjalin," tulisnya.

Jarumemas: Sila rujuk Perlembagaan Persekutuan dalam bab ini, wahai orang Kristian. 

No comments:

Post a Comment